Kisah Cinta
Friday May 27th 2005, 9:38 pm
Filed under: Madah

Alkisah di sebuah pulau kecil, tinggallah benda abstrak, Ada CINTA,KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. pada awalnya mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. namun pada suatu hari, tiba-tiba badai datang menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. sementara itu air semakin naik membasahi kaki CINTA. tidak lama kemudian, kelihatan KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! tolonglah aku!" teriak CINTA. dengan segera KEKAYAAN menjawab, "ohh! maafkan aku, CINTA!" kata KEKAYAAN."perahuku telah penuh dengan semua hartaku. aku tak dapat membantumu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. lagi pun tak ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini." CINTA amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat KEGEMBIRAAN melintasi di depannya dengan sebuah perahu.

"KEGEMBIRAAN! tolonglah aku!" teriak CINTA. oleh kerana KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan CINTA. air semakin meninggi membasahi CINTA sampai ke paras pinggang dan CINTA semakin panik. tidak lama selepas itu, lalulah KECANTIKAN di depannya.

"KECANTIKAN! bawalah aku bersamamu!" teriak CINTA."wah, CINTA kamu sudah basah dan kotor. aku tak boleh membawamu bersama bersama, nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA amat sedih mendengarnye. CINTA mula menangis terisak-isak. "apa kesalahan ku> mengapa semua orang tidak mempedulikan aku?" ketika CINTA sedang menangis , lalulah pula KESEDIHAN denngan perahunya.

"oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu," kata CINTA. "maaf, CINTA aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian……, " kata KESEDIHAN sambil terus mendayung perahunya. CINTA sudah putus asa. air semakin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. dia berdoa kepada tuhan.

"oh, tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa CINTA?" pada saat yang kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggil, "CINTA! mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya.      CINTA pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. kemudian setibanya di suatu pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalakan pulau itu. pada ketika itulah, baru CINTA sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu.

CINTA segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu? "oh, orang tua tadi? dia adalah ‘WAKTU.’ " kata orang itu. CINTA pun bertanya lagi. "tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? aku tak mengenalinya. sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku,

" tanya CINTA kehairanan. "sebab, hanya WAKTUlah yang tahu betapa berharganya CINTA itu….." kata orang itu. setelah itu, fahamlah CINTA akan kepentingannya di dunia ini.

.::: LeA:::.



WHAT IS YOUR DATE OF BIRTH
Friday May 27th 2005, 9:19 pm
Filed under: Personality

WHAT IS YOUR DATE OF BIRTH, MATCH AND SEE WHAT ANIMAL ARE YOU…

January 1 - 9 ~ Dog

January 10 - 24 ~ Mouse

January 25 - 31 ~ Lion

February 1 - 5 ~ Cat

February 6 - 14 ~ Dove

February 15 - 21 ~ Turtle

February 22 - 28 ~ Panther

March 1 - 12 ~ Monkey

March 13 - 15 ~ Lion

March 16 - 23 ~ Mouse

March 24 - 31 ~ Cat

April 1 - 3 ~ Dog

April 4 - 14 ~Panther

April 15 - 26 ~Mouse

April 27 - 30 ~Turtle

May 1 - 13 ~ Monkey

May 14 - 21 ~ Dove

May 22 - 31 ~Lion

June 1 - 3 ~ Mouse

June 4 - 14 ~ Turtle

June 15 - 20 ~ Dog

June 21 -24 ~ Monkey

June 25 - 30 ~ Cat

July 1 - 9 ~ Mouse

July 10 - 15 ~ Dog

July 16 - 26 ~ Dove

July 27 - 31 ~ Cat

August 1 - 15 ~ Monkey

August 16 - 25 ~ Mouse

August 26 - 31 ~ Turtle

September 1 - 14 ~ Dove

September 15 - 27~ Cat

September 28 - 30~ Dog

October 1 - 15 ~ Monkey

October 16 - 27 ~ Turtle

October 28 - 31 ~Panther

November 1 - 16 ~ Lion

November 17 -30 ~ Cat

December 1 - 16 ~ Dog

December 17 - 25 ~ Monkey

December 26 - 31 ~ Dove

Dog

Your Attractive and popular. Your nice and easy going and make friends with everyone very easily. Your cool and smart and are a leader.

Cat

Your very shy and cute. You are a follower and dont like to talk to people you dont know. Your very careful about choosing your friends. Your really nice.

Monkey

You are attractive and hyper. You have a lot of friends and your really outgoing. You gossip alot. Your funky and "unique" theres no one else like you. You want attention and like to be a leader.

Panther

You are mysterious. You have lots of friends and can be mean at times or nice. You always have the latest gossip with you and you are a leader.

Mouse

Your very quiet and quick - witted. You are very shy. Your cute and funny. have a little group of friends. You are not "popular" but you are not a "geek"

Lion

You are a born leader. People look up to you. You have lots a friends and you are very attractive. Your nice and people want to be your friend. You make friends easily.

Turtle

You are very nice and pretty. You treat others as you would want to be treated yourself. You have lots of friends and never talk about anyone behind their back. You are loyal.

Dove

Your very peaceful and nice. You fall in love very easily and you are quiet and calm. You are not very shy but you are not outgoing. You are a leader of your group of friends



Aku MaSih mEnAnTi
Thursday May 26th 2005, 7:50 pm
Filed under: Madah

Kerlipan bintang dan sinaran galak sang bulan kala ini mengundang pelbagai misteri satu perasaan aneh seringkali hadir membawa satu pesanan yang sukar untuk aku rungkaikan sesekali aku terkenang betapa selama ini aku terlalu emosi dengan pelbagai personaliti yang cuba kujiwai sepenuhnya lagak seorang pelakon di pentas teater yang bisa melakukan apa saja yang bisa menjadi sesiapa saja lalu….

sayang yang kau hulurkan
kasih yang kau curahkan
ku pandang sepi
tapi aku sedar
sejauh mana aku melangkah
setinggi mana aku mendaki
sehebat mana pun aku membina identiti
aku tetap aku
tak mungkin kaca boleh jadi permata
aku akhirnya tewas dalam mimpi yang aku cipta sendiri kini……
aku kembali mencarimu
memoribilia semalam bermain di benakku

ku rasa akulah insan paling bertuah kerana kau masih sudi menjadi temanku namun aku sedar, hatimu tak seperti dulu setiamu bukan untukku lagi aku pasrah atas kesilapanku sendiri dan kini aku merasa amat sedih kerana aku terlewat menikmati kebahagiaan ini apapun….

terima kasih sahabat tersayang



CaRa waNiTa bErJaLaN
Thursday May 26th 2005, 7:37 pm
Filed under: Personality
Cara Wanita Berjalan 
 
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti
tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya
berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak
jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung
perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti
ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah,
wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang
tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang
yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi
jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini
biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia.
Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini
tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan
teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha
untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini
senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara be rjalan
melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang
tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang
yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk
menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya
sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya
yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya
menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk
ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab,
wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan
mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita
seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh,
bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan
sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya,
jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang
lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu
berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita
seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
berpengalaman luas.

5. Jika berjala n badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian
tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa
pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap
kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan
kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya
yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang
akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya
merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini
tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu
urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya
bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia
memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita
ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah
dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari
tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika
melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak kedepan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah
perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah
tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita
seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak
tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.



sIndIR SiNDir SayAnG
Thursday May 26th 2005, 8:27 am
Filed under: Madah

MASA BERCINTA
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

Masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

BARU KAWIN,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk
aku saja

bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?…



rahsia dir pd hr k’lahiran
Thursday May 26th 2005, 8:27 am
Filed under: Personality

RAHSIA DIRI ANDA PADA HARI DILAHIRKAN ?

1 hb.

Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta.
Kadangkala, pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta
kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2 hb.

Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada 2hb
cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta.
Sekali kamu mengatakan tidak, tidak siapa yang mampu mengubahnya

3 hb.

Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu memerlukan
cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk
meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.

4 hb.

Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan
kata hati. Sebab itulah, tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat
keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap
pada tempat yang salah.

5 hb.

Awas ! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan
diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang
yang kamu sayangi.

6 hb.

Kamu disukai ramai kerana personality kamu yang cukup menarik hati. Tidak
hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walaubagaimanapun, bagi kamu
banyak lagi perkara penting selain cinta.

7 hb.

Kamu seorang yang "happy go lucky"dan gemar berseronok. Namun sikap kamu yang
agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga
soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat !

8 hb.

Kamu seorang yang romantis. Wah! Beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu
nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja.

9 hb.

Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di
mata orang ramai. "Maintain Vouge" memanjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu
ingin yang setaraf juga.

10 hb.

Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga
daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang
besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir.

11 hb.

Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu
seharian. Sebab itulah, kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian.
Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terlalu boring bila terlalu
mengikut peraturan ???

12 hb.

Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen,
selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang menaruh minat
padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya.

13 hb.

Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu
disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan
dengan tekanan. Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14 hb.

Hebat! Bagi kamu, karier / pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah
kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan
perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu.

15 hb.

Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara
tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak.
Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat
tindakan ‘last minutes’.

16 hb.

Kamu ini seorang yang moody rupanya.. Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula
kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu
itu. Cuba kawal sikit.

17 hb.

Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun
sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar
kamu.

18 hb.

Kamu ini sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu
lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam
perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19 hb.

Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah
menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan persahabatan
sebelum menjadi serius.

20 hb.

Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah
sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu
sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia !!!

21 hb.

Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain ‘ambil
mudah’ terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang
jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22 hb.

Kamu yang lahir pada tarikh ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan
mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang
yang kamu akan rasa selamat bila berada di sampingnya.

23 hb.

Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampangi kamu.
Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada disamping teman-teman dan si dia
. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24 hb.

Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu
terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat mengongkong si dia

25 hb.

Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki / perempuan yang bagi
pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak
mencuba, bagaimana nak tau, kan !!!!!!!!!!!!!!

26 hb.

Kamu harus ubah sikap kamu yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang
dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja….

27 hb.

Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu
sendiri. Tak baik wasangka !!!!!!!!!!!!Kamu suka diri kamu menjadi perhatian
ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila mejadi
tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.

28 hb.

Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun
kadangkala di dalam keghairahan bila mejadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia
tanpa disedari.

29 hb.

Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa sahaja selagi kamu
tidak puas hati dengan apa yag kamu miliki.

30 hb.

Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia
kerana kamu sukar untuk beralah.

31 hb.

Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang
kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia !!!



1 CiUmaN nTuk 1 mEteR
Thursday May 26th 2005, 8:27 am
Filed under: Cerpen

Disebuah kedai kain, seorang gadis cun tengah memilih kain. Disebelahnya terdapat seorang jurujual lelaki yang agak macho dan hensem. Setelah menemui kain yang sesuai, gadis tersebut bertanyakan harganya…

Gadis cun : "Bang, kain yang ni berapa ringgit semeter?
Jurujual lelaki : "Cik adik manis punya pasal, semeter abang minta sekali cium aja."
Gadis cun : "OK, saya setuju… so, bagi saya 20 meter"

Jurujual lelaki tersebut terus memotong kain yang diminta dengan hati yang amat gembira. Setelah selesai, jurujual tersebut menyerahkan kain kepada gadis cun dan menuntut bayarannya.

Gadis cun : "Nenek saya yang kat luar tu akan bayar…."



hAti ReMaJa
Thursday May 26th 2005, 8:01 am
Filed under: Religion

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami
bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia
adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt
kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta
dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia
memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan.
Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya.

Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos
begitu saja.Dia juga pencipta peraturan cinta demi
menjaga kemurniaannya.Peraturan inilah yang
kerap
dilanggar.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan
selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di
sinilah selalunya remaja terjebak.Cinta terlarang
adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH
telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi
tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan
maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya
kerana ALLAH swt mencintai manusia
hambaNYA. Allah
inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat
manusia melaksanakan keinginan fitrah
semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan
menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah
hubungan
cinta hubungan cinta yang terlarang akan
membawa
banyak implikasi negatif dalam kehidupan.
Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa
jangan
sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah
banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta
yg membelakangkan Tuhan!

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang
tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak
perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat
tertipu
dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai
janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan
rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.
Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang,
racunnya
akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.
Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.

Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga
seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa
yang
dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang
lain kecuali apa
yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta
kerana terlalu asyik dengan cinta yang
dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita
agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan
hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman
dan berterima kasih dengan
pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta
terlarang. Seolah-
olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada
kaitan antaranya.Hukum ALLAH dilanggar bukan
dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis
dan
megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas
ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan
perempuan yang bukan
muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi
walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam
keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.

Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya
seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun
berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap
sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun
berbuah. Buah yang pahit, masam dan
memabukkan.
Buah yang muncul
dengan pelbagai jenama yang aneh dan
menjijikkan -
zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi
dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu
isyarat diatas jalan raya. Kereta diciptakan
dengan kuasa untuk bergerak tetapi
pergerakkannya
perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa
itu akan berlakulah perlanggaran dan
pertembungan.
Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu
perlukan peraturan dan kawalan. Apakah
peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kpd cinta
ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya
semata-mata kerana mengharapkan keredhaan
ALLAH.



cInTa sEbeNar
Thursday May 26th 2005, 7:57 am
Filed under: Religion
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-
benar
cinta yang dicontohkan Allah
melalui kehidupan Rasul-Nya.Pagi itu,walaupun
langit
telah mulai menguning,burung-burung gurun
enggan
mengepakkan sayap.Pagi itu,Rasulullah dengan
suara
terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan
Allah dan cinta kasih-Nya. Maka
taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan
dua
perkara pada kalian,Al Qur’an dan
sunnahku.Barang
siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku
dan
kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk
syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan
mata Rasulullah yang tenang dan
penuh minat menatap sahabatnya satu
persatu.Saidina Abu Bakar as SiddiQ menatap
mata itu dengan berkaca-kaca,Saidina Umar al-
Khattab dadanya naik turun menahan nafas dan
tangisnya.Saidina Usman bin Affan menghela
nafas
panjang dan Saidina Ali b ABi Talib menundukkan
kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah
datang,saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh
hati
semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan
tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin
kuat,tatkala Saidina Ali dan Saidina Fadhal dengan
cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan
lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.Disaat
itu,kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di
sana
pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah
Rasulullah masih tertutup.Sedang
didalamnya,Rasulullah sedang terbaring lemah
dengan keningnya yang berkeringat dan
membasahi
pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang
yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk,"Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata
Fatimah yang membalikkan badan dan menutup
pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya
yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai
anakku?"

"Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali
ini
aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan.Seolah olah
bahagian
demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan
kenikmatan
sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di
dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah,
Fatimah
pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah
menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama
menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang
sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia
menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia
ini.

"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah
menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar
menanti
kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah
lega,matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?"
Tanya
Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku
kelak?"

"Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku:

‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail
melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah
ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah
bersimbah
peluh,urat-urat lehernya menegang.

"Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan
Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam,Ali yang di sampingnya
menunduk
semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan
wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar
wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah
direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah
memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah,dahsyat nian maut ini,timpakan saja
semua
siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya
sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan
hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera
mendekatkan telinganya.

"Uusiikum bis salati,wa maa malakat
aimanukum,peliharalah solat dan peliharalah orang-
orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar
bersahutan,sahabat saling berpelukan.Saidatina
Fatimah az-Zahra’ menutupkan tangan di
wajahnya,
dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya
ke
bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku,
umatku"

Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang
memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita
mencintai
sepertinya? Allahumma solli ‘ala Muhammad
wabaarik
wa salim ‘alaihi.Betapa cintanya Rasulullah kepada
kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya
agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan
RasulNya,seperti Allah dan Rasulnya mencintai
kita.Kerana sesungguhnya selain daripada itu
hanyalah fana belaka…

Wallahu A’lam…



PenGenAlaN dIri MeI
Thursday May 26th 2005, 7:49 am
Filed under: Personality

MeI

* KerAs haTi & dEgiL.

* KuAt sEmaNgAt & bErMoTivAsi tiNgGi.

* PeMikiRan yAng tAjaM.

* MuDah mAraH aPabIla TiDak diKaWaL.

* PAndaI mEnaRik hAtI & peRhaTiaN oRanG lAin .

* PeRasAaN YaNg aMat mEnDaLam.

* CaNtiK dAri sEgi MenTal & fIZikAl.

* TidAk peRlu dImOtiVaSikAn.

* TeTap pEndIriAn, tEtaPi mUdaH diPenGarUhI oLeh oRaNg LaiN.

* MudAh diPuJuk.

* BerSikAp siSteMaTik (oTak kIrI).

* SuKa beRanGan.

* KuAt daYa FirAsaT mEmAhaMi aPa yAnG teRliNtaS di HaTi oRanG LaiN taNpA diBerItaHu.

* BaHagIan tEliNga & leHer MudAh diSerAng PenYakIt.

* DAya KhaYalAn YanG tiNgGi.

* PeRmiKirAn yAng TaJam.

* PaNdai beRdeBat.

* FiZikaL yAng bAiK.

* KeLemAhan SisTem peRnaFasan.

* SuKa saStEra, SeNi & mUziK seRta MeLanConG.

* TiDak bEraPa sUka DuduK dI rUmAh.

* TidAk bOleH dUduK DiAm.

* TidAk puNyA rAmaI aNaK.

* RaJin dAn bErsEmaNgaT tiNgGi.

* AGak bOroS