KISAH BENAR……..dhaifkan diri ini
Friday October 14th 2005, 7:42 am
Filed under: Cerpen
<;>

BUAT SI GADIS YG MENINGKAT REMAJA

<;>

sedihnye… kena baca ni… bt pedoman… 

<;>

Subject: Kisah Benar

<;>

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang
gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka
berkelakuan seperti lelaki. Ketika  usianya  mencecah 17  tahun
perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.Situasi
ini menyebabkan ibu  tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru
al-Quran.Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah
meminta adik memakai tudung.Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga
seringkali berlakupertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

<;>
<;>

Pernah  pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak
keras,"cuba mama tengok,   jiran-jiran  kita pun ada yang anaknya
pakai tudung, tapi perangainya  sama je macam orang yang tak pakai
tudung.Sampai  kawan-kawan annisa kat  sekolah, yang pakai tudung
pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang
tangan. Ani ni, walaupun tak  pakai tudung, tak pernah buat macam
tu!"

<;>
<;>

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya
terlihat ibu  menangis  di  akhir  malam.Dalam
Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya  Allah, kenalkan annisa
dengan hukumMu".

<;>
<;>

Pada  satu hari ada jiran yang baru pindah  berhampiran rumah
kami.Sebuah  keluarga  yang  mempunyai enam orang anak yang  masih
kecil.Suaminya  bernama  Abu  khoiri,  (nama  sebenarnya siapa, tak
dapat dipastikan).Saya mengenalinya sewaktu di masjid.  Setelah
beberapa lama   mereka  tinggal  berhampiran  rumah  kami, timbul
desas-desus mengenai  isteri  Abu Khoiri yang tidak pernah keluar
rumah,hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

<;>
<;>

Perkara  ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia  bertanya kepada
saya,  "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu,  isterinya
buta,bisu  dan    tuli?"  Lalu  saya menjawab sambil lewa, "kalau
nak tau sangat,  pergi  rumah   mereka,  tanya  sendiri" 
Rupa-rupanya  adik
mengambil  serius kata-kata saya  dan benar-benar pergi ke rumah
Abu Khoiri.  Sekembalinya  dari  rumah   mereka, saya melihat
perubahan yang  benar-benar  mendadak berlaku pada   wajah adik.
Wajahnya yang tak  pernah muram atau lesu  menjadi pucat 
lesi……entah apa yangdah berlaku?

<;>
<;>

Namun,  selang  dua  hari  kemudian, dia minta ibu  buatkan
tudung.Tudung  yang labuh. Adik pakai baju labuh…… lengan
panjang pula tu…saya    sendiri  jadi  bingung..bingung  campur 
syukur  kepada Allah  SWT  kerana  saya   melihat  perubahan  yang
ajaib..ya, saya katakana  ajaib kerana dia berubah  seratus
peratus!

<;>
<;>

Tiada  lagi  anak-anak muda atau teman-teman  wanitanya yang datang
ke rumah hanya  untuk  bercakap perkara-perkara yang  tidak tentu
arah… saya  lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah 
Islam(biasanya dia  suka beli majalah hiburan), dan saya lihat
ibadahnya pun   melebihi   saya   sendiri..tak  ketinggalan 
tahajudnya, baca Qur’annya,   solat sunatnya..dan yang lebih
menakjubkan lagi, bila kawan-kawan  saya  datang,  dia 
menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai  Allah, jerit
hati  saya..

<;>
<;>

Tidak  lama  kemudian,  saya  mendapat  panggilan untuk bekerja di
kalimantan,  kerja  di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan
saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat
hingga ibu   memanggil  saya pulang ke rumah ( rumah saya di
Madiun). Dalam perjalanan,  saya  tak henti-henti berdoa kepada
Allah SWT agar adik
di  beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

<;>
<;>

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah  ramai orang..hati
berdebar-debar,  tak  dapat ditahan…..saya berlari  masuk ke
dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu
lantas memeluknya……..dalam  esak tangisnya ibu  memberitahu,

<;>
<;>

"Dhi, adik boleh  mengucapkan kalimat Syahadah diakhir 
hidupnya"..air mata ini tak dapat  ditahan lagi…

<;>
<;>

Setelah  selesai  upacara pengkebumian dan  lain-lainnya, saya
masuk ke   bilik  adik. Saya lihat di atas mejanya terletak  sebuah
diari.Diari  yang  selalu  adik  tulis.  Diari  tempat  adik
menghabiskan waktunya   sebelum  tidur  semasa hayatnya. Kemudian
diari itu  saya buka  sehelai  demi   sehelai…hingga sampai pada
satu halaman yang menguak  misteri  dan   pertanyaan  yang  selalu
timbul di hati ini*

<;>
<;>

Perubahan  yang  terjadi  ketika  adik  baru pulang dari rumah Abu
khoiri..di situ  tertera  soaljawab  antara  adik dan  isteri 
jiran kami itu.

<;>
<;>

Butirannya  seperti ini:

<;>
<;>

Soaljawab  (saya  lihat  di  lembaran  itu  terdapat  banyak  bekas

<;>

airmata)

<;>
<;>

Annisa  :  aku  hairan,wajah wanita ini cerah dan  bersinar seperti

<;>

bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

<;>

Isteri  jiranku  :  Alhamdulillah  ..sesungguhnya  kecantikan  itu
datang dari lubuk hati

<;>

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi  masih kelihatan
cantik

<;>

Isteri  jiranku  :  Subhanallah..sesungguhnya   keindahan itu milik
Allah   SWT.  Dan  bila  Allah SWT berkehendak..siapakah yang 
boleh menolaknya?

<;>

Annisa  : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu  menyuruh saya
memakai tudung..tapi  saya  selalu menolak kerana saya rasa  tak
ada masalah kalau   saya  tak  pakai tudung asalkan saya
berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung
tapi kelakuannya melebihi kami  yang  tak  pakai..sampaikan  saya 

<;>

tak  pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

<;>

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT  menjadikan seluruh
tubuh  wanita  ini perhiasan dari hujung rambut hingga  hujung
kaki,segala   sesuatu  dari  tubuh  kita yang terlihat oleh bukan
mahram kita semuanya  akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah
SWT nanti, tudung adalah  perlindungan untuk wanita ..

<;>

Annisa  :  tapi  yang  saya  tengok,  banyak  wanita   bertudung
yang kelakuannya  tak elok..

Isteri  jiranku  :  Tudung  hanyalah kain , tapi  hakikat atau
makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri  jiranku  :  Hakikat tudung adalah  perlindungan zahir
batin,lindungi  mata  kamu dari  memandang lelaki yang bukan 
mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan
bercakap  perkara  yang  sia-sia  ..sentiasalah  lazimi lidah
dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga  kamu  dari
mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk    dirimu
mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari  mencium segala yang 
berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari  berbuat sesuatu 
yang  tidak   senonoh,  lindungi  kaki  kamu dari melangkah menuju 
maksiat,   lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang
mengundang syaitan untuk memperdayai  nafsu  kamu,  lindungi  hati
kamu dari  sesuatu
selain Allah  SWT,  bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu
pakai akan menyinari hati  kamu.. itulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas  tentang erti
tudung…mudah  mudahan  saya  mampu  pakai tudung. Tapi, macam
mana saya nak buat semua tu?]

Isteri  jiranku  :  Duhai  nisa,  bila kamu memakai  tudung, itulah
kurniaan   dan  rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha 
Pemberi Rahmat , bila  kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi
kekuatan untuk  melaksanakan  amalan-amalan  ‘tudung’   hingga 
mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai  nisa ..ingatlah akan satu hari di mana  seluruh manusia akan
dibangkitkan..ketika  ditiup  sangkakala  yang  kedua,   .pada 
saat roh-roh   manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan  dalam  satu    padang  yang tiada batas, yang tanahnya
dari  logam   yang  panas,  tiada   rumput mahupun tumbuhan ,ketika
tujuh matahari  didekatkan di atas kepala kita   namun   keadaan 
gelap   gelita,  ketika  seluruh  manusia ketakutan,  ketika  ibu 
tidak  mempedulikan  anaknya ,anak tidak mempedulikan ibunya,
sanak-saudara tidak kenal satu  sama  lain  lagi ,  antara satu
sama lain boleh menjadi musuh lantaran  satu kebaikan lebih
berharga  dari segala sesuatu yang ada di alam ini,  ketika manusia
berbaris  dengan  barisan  yang  panjang  dan  masing   masing
hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang 
berpeluh  kerana   rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam
dirinya akibat  peluh  yang   banyak,  dan  bermacam macam
rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung  amalannya , ada yang
melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan,   ada 
yang  berbentuk  seperti  haiwan,ada  yang berbentuk  seperti
syaitan, semuanya menangis..menangis kerana  hari itu  Allah  SWT 
murka..  belum pernah Allah SWT murka
sebelum dan sesudah   hari itu.  Hingga ribuan tahun manusia
dibiarkan Allah SWT dipadang  mahsyar  yang   panas membara
hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.

<;>

Hari  itulah  dipanggil  hari Hisab..Duhai Annisa,  bila kita tidak
berusaha  untuk  beramal pada hari ini, entah dengan  apa nanti
kita akan  menjawab  bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa,
Yang Maha Besar , Yang Maha   Kuat , Yang Maha Agung. . . . Allah
SWT .

<;>
<;>

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana  di sini
tulisannya terhenti  dan  saya  lihat  banyak  titisan  airmata
yang jatuh dari pelupuk  matanya..

<;>
<;>

Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan  saya lihat   

<;>

tertera tulisan kecil dibawah tulisan

<;>

itu "buta ,tuli  dan  bisu..  wanita  yang  tidak  pernah melihat
lelaki selain mahramnya   ,  wanita yang tidak  pernah mahu
mendengar perkara yang dapat  mengundang  murka Allah SWT , 
wanita tidak pernah
berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang   dosa dan sia
sia"

Tak  tahan  airmata  ini pun jatuh.semoga Allah SWT  menerima
adikku disisinya..Amin
Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi
kita semua. Wassalam…

Wallahu A’lam….



PenGenAlaN dIri OkTobEr
Wednesday October 12th 2005, 1:15 am
Filed under: Personality

OKTOBER

Suka berbual.

Suka orang yang sayang padanya.

Suka ambil jln tengah.

Sangat menawan & sopan santun.

Kecantikan luar & dalam.

Tidak pandai berbohong & berpura-pura.

Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.

Sentiasa berkawan.

Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.

Cepat marah.

Macam pentingkan diri sendiri.

Tidak menolong orang kecuali diminta.

Suka melihat dari perspektifnya sendiri.

Tidak suka terima pandangan orang lain.

Emosi yang mudah terusik.

Suka berangan & pandai bercakap.

Emosi yang kelam kabut.

Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).

Suka melancong, bidang sastera & seni.

Pengasih, penyayang & lemah lembut.

Romantik dalam percintaan.

Mudah terusik hati & cemburu.

Ambil berat tentang orang lain.

Suka kegiatan luar.

Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.

Mudah patah semangat