..:: Personaliti lelaki ::..
Thursday December 08th 2005, 9:36 pm
Filed under: Personality

Aries (21 Mac - 20 April) Orang Nya: Anak mak! smart mamat. intelligent,
(boleh la….) Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its
true.. Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk
mak so kena lah bawa balik yg bagus punya

WARNING: Jika anda betol anda
rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati
dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di
workshop baru baik.

Leo (24 Julai - 23 Ogos) Orang nya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut
bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayangi nya.
Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang2 je
ego). Pandai berkata2. Tips utk memikat: sebagai perempuan, harus lah
menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembut nya. Kena tahu bagaimana
menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.

WARNING: Jgn.. saya ulangi.. JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.

Virgo (24 Ogos - 23 September) Orang nya: pemalu, tak pandai mengawal
emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian dari perempuan. Tips utk memikat: Lelaki
Virgo suka yg pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jgn banyak
cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2
kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo
ceng’eng.. kuat merajuk)

WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over
welming".. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick
sama dia.

Libra ( 24 September - 23 Oktober) Orang nya: cerewet, posessive, takes
things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan
`last minute`. Seringkala kontrol diri depan perempuan. Tips utk memikat: Senang
aje.. Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky.. SO be urself

WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jgn lupa
cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang
nie semua hensem

Scorpio ( 24 Oktober - 23 November) Orang nya: action serius, mudah
cemburu, mood swing.. Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga,
posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dgn org lain.

WARNING:
Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak
escape dari scorpio…(jgn kata aku tak kasi warning)

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai) Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka
menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik
nya..(berhati-hati ya) Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya…
nanti habis duit dikebas.

WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer..
first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi…

Sagitarius ( 23 November - 21 December) Orang nya: Fu.. yoh.. siapa dpt
memang untung… Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok
tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan2.. sort of adventurous Tips utk memikat : Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke?
anything asal kan jgn membosan kan…

WARNING: Jgn "u plan.. i plan lah"..’confirm tak ada plan’.

Capricon ( 22 December - 20 Januari) Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di
atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluah kan
perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’
pada anda Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jgn
give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal

WARNING:
Macam layang2 putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jgn mahal sampai terputus
tali.. melepas lah kau nanti…

Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari) Orang Nya: Pijak semut tak mati..(mcm
sapo aaaa kat misc nie) .Suka yg cantik dan menarik perhatian. Tips utk memikat:
Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak
berkepit aje dgn u

WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org.. so
sbelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu

Pisces (20 Februari - 20 Mac) Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada,
choosy.. Mudah perasan. walaupon tak hensem.. Tips utk memikat: Senyum
sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila2.

WARNING: Mungkin bakal jadi playboya.

Taurus (21 April - 21 Mei) Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut
seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri. Suka Bantu org lain.
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find
out the real you…

WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang…
kesian takde orang lain layan…

Gemini (22 Mei - 21 Jun) Orang nya: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah.
Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. dalam apa2 persoalan jua
mereka ada aje alasan nya Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient.
Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak..
Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.

WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya.. kalau dah tak tahan dgn
mereka.. blah aje jgn banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer…..



rahsia warna kegemaranan pompuan…ADA APA NGAN WARNA…
Thursday December 08th 2005, 9:34 pm
Filed under: Personality

menurut para pengkaji, pompuan bleh d nilai perwataknnyer melalui warna kegemaran diorg. kat cni, ada sedikit maklumat yg aku nk kongsi ngan korg tentang pompuan n tafsiran perwatakannyer…tp jgn caya sgt…karang tk psal2 aku jd penyebab hubungan korg ngan dia musnah…amik yg mn korg bleh caya..ok..

merah
   berani, emosional, tegas, tamak, sanggup idop susah (aku tk tau sanggup idop susah utk apa) n suka bersenang2…
biru
   setia kat korg, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan (ni pn aku tk tau..kemahuan apa), suka berterus terang, jujur, mudah memberi maaf n tegas…
hijau
   suka pd kebahagian, tk suka bergaduh o bertekak, patuh pd korg, suka berhias, teguh pendirian hingga kdg2 perangai tu ditafsir sbgai kolot..
hitam
   suka menyendiri (ni sm cam KESEDIHAN!!!cari ler frenz..), prihatin, tabah dlm menghadapi dugaan idop, tk mudah d pengaruhi, kuat berfikir, setia pd korg, baik ati tp mudah tersinggung..
coklat
   kaya ngan sifat keibuan, suka merendah diri diorg, sopan santun, halus budi pekerti, ati mudah berasa was2 n takut berbuat slah.. (bagus ler cam ni..diorg maybe takut tk dpt puaskn ati korg..ni pendapat aku ler..korg bg komen sendiri)
ungu
   pemurah atinyer, tk suka d perintah, berinisiatif, bijak tp agak beremosi n keinginannyer tk meluap2… (maybe keinginan diorg tk meluap2 time nk jumpa korg..hehehe)
kelabu
   suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas n bijak…
kuning
   menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas n tabah menghadapi cabaran..
putih
   bersih pkrannyer (tk byk prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram atinyer, suka menolong n idop bertawakal…
   korg jgn caya sgt benda2 cam ni..amik yg bleh bg teladan kat korg..warna kegemaran aku ialah ungu tp semua tu tk de langsung dlm diri aku..(tp warna kegemaran aku mmg banyak).kat cni aku nk katakn bkn semua kita bleh amik teladan..terpulang kt korg ler nk amik ke tk…sifat seseorg manusia mmg jd rahsia..ibu bapa diorg pn tk tau..ni kn plak korg..ok..
wasalam..
peace!!!
omigosSs!!!


Kasih Sayang Mengikut Bulan Lahir
Friday December 02nd 2005, 12:22 am
Filed under: Personality

Kasih Sayang Mengikut Bulan Lahir
Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
——————————————————————
Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
—————————————————-
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
—————————————————–
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
———————————————————-
Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
———————————————-
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
——————————————–
Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
————————————————-
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
————————————————–
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
——————————————————
Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
———————————————-
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
—————————————————
Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.



[Kelakar] Surat buat anak abah yg blom lahir lagik…
Friday December 02nd 2005, 12:21 am
Filed under: Cerpen

anak abah,
abah tulis surat nih mase nko blom lahir lagik. abah pon kompius nak soh nko panggil abah ni abah ke ayah ke papa ke daddy ke… tapi lantak la. abah bahasakan diri abah dulu la yerk nak?
masa nko memula tumbuh lam perot mak nko nih ha. abah
 eksaited giler nko tau tak.
maklom la
 lame dah abah nunggu sejak abah pk yg abah takmo anak lagik takut abah nampak tua. lagipon abah rase tak macho bila laki ensem yg gagah perkasa cam abah nih dukong anak hiks.

kadang² bila mak nko montah² pening loya nak itu nak ini.
abah rimas beno nko tau tak?
abah rase nak sekeh² jerk nko.
rimas abah nko tau tak hiks…
mak nko lak
 ngengade nak itu ini tengah² malam merengek huh!
kengkadang abah ngah tido
 kol 3 pagi mak nko soh abah pegi 7eleven beli asam kecot.
walaupon 7 eleven 24 jam tapi abah sangat arh tensen idop cenggitu.
memula jerk abah leh layan lelama abah nyampah! ptoih!

pastu masa nko dah besor sikit.
perot mak nko pon besar gak.
mase tulah mak nko ngidam benda² merapu.
dia nak abah bawak dia jalan² je takmo dok umah.
abah memang tensen nko tau tak…
abah rase ilang macho abah bawak pompuan ngandong perot besor.
tapi tu tak bermakna abah takde sifat kebapaan.
abah sangat rase syok gile bile mak nko ngandongkan nko.
tapi tu arh cam abah cakap tadik.
abah
 hambik masa sikit nak bagi nko idop lam perot mak nko untuk tempoh 9 bolan nih.
nko pon dah nak lahir dah nih…
abah redha jelah…

nebes dan eksaited abah makin bertambah.

esok due date nko nak.
adui la saspen seh abah gini!

seblom nko kuar esok, abah tulis surat nih nak gitau nko bahawa kehadiran nko nih mendebarkan abah.
abah cuak giler nih nak sambot nko esok…
kalo bulih abah
 nak tunda sket kelahiran nko…
minggu depan ker
bolan depan ker…
tahun depan ker…
bulih tak nko kuar lambat sket? abah cuak arh hiks…

dari abahmu…