balasan org yg bakhil….
Friday June 30th 2006, 5:46 am
Filed under: Cerpen

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan
ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang
menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku
padanya, "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu.
Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku
menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat
dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan
ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan
kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.
Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa
sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan
ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu
bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu
seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang
lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga
nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku.
"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah
ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan
menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga
telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya
kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika
didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku
lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu
dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api
neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku
tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku
datang berjumpa engkau ya
Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan
gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.
Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat
kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK
MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA…"



Iman Dan Malu Saling Berkait
Friday June 30th 2006, 5:45 am
Filed under: Religion
Iman dan malu,
Dua perkara yang tidak dapat dipisahkan,
Iaitu satu dalam dua, dua dalam satu,
Kalau rosak yang satu, rosaklah yang satu lagi,
Dengan kata-kata yang lain,
Satu sama lain perlu memerlukan,
Kalau tidak ada malu,
Iman pun hilang,
Kalau tidak ada iman, malu pun hilang,
Ini bermaksud:
Kalau seseorang itu pemalu,
Tanda ia ada iman,
Kalau seseorang itu ada iman ia jadi  pemalu,
Jadi iman dan pemalu tidak dapat dipisahkan satu sama lain,
Kalau seseorang itu tidak pemalu,
Menunjukkan dia kehilangan iman,
Kalau dia tidak beriman, pemalu pun hilang,
Sekarang ini lumrah umat Islam kehilangan malu,
Menunjukkan kehilangan iman,
Malu itu berbagai-bagai bentuk,
Dia banyak berlaku kepada banyak orang,
Mengikut kedudukan, status dan jantina
Lelaki atau perempuan,
Lumrah berlaku di dalam pergaulan
Isteri memburukan suaminya kerana curang,
Dan suami menceritakan kepada orang,
Kerana buruk perangai isterinya,
Seperti di rumah dia garang dan pemberang,
Ada orang bercakap dengan siapa pun
Memuji-muji, mengangkat-angkat diri
Padahal itu memalukan,
Orang yang mendengar tentu tidak senang,
Setengah orang dia membuat maksiat dan kemungkaran
Bangga dicakapkan  kepada orang,
Seperti dia berzina, dibual-bualkan,
Dia jatuh hati kepada perempuan sedangkan isteri orang
Kadang-kadang seorang itu perhubungan dengan suaminya
Diceritakan kepada orang
Bahkan dia bertanya pula suami awak macam mana pula?
Setengah orang kejahatan ibu bapa dicakapkan kepada orang dengan bangganya,
Seolah-olah dia bercerita hiburan
Kadang-kadang seseorang itu,
Buruk kawannya diceritakan kepada orang
Padahal kawannya baik,
Setiap hari berkawan
Setengah orang itu mendedahkan aurat di depan orang
Padahal sikap itu memalukan
Setengah orang itu bergaul bebas lelaki perempuan tanpa batas
Sedangkan itu dilarang Tuhan
Setengah orang berpegangan lelaki perempuan di khalayak ramai
Padahal itu memalukan dan mengaibkan
Setengah orang itu tanpa malu-malu dan segan
Bercumbu-cumbuan lelaki dan perempuan di khalayak ramai
Sedangkan itu perangai binatang
Kalau orang ada iman, malu nak melakukan
Bahkan berpegang-pegang tangan suami isteri
Di khalayak ramai pun tidak sopan
Orang yang malu lagi beriman tidak sanggup melakukan
Jadi kalau kita lihat masyarakat Islam
Rata-rata malu sudah hilang
Menunjukkan orang-orang Islam sudah kehilangan iman
Islam tanpa iman
Kerana itulah umat Islam sudah tidak ada kekuatan
Kerana iman itu teras kepada umat Islam
Yang kata-kata lain
Imanlah yang menjadi kekuatan


Dengan Satu Kata
Friday June 30th 2006, 5:44 am
Filed under: Madah

Cahaya matahari senja
Luruh menimpa ketenangan waktu,
Seakan mengajak pergi… fajar pagi
Memecah kabut… diantara jaring kecil

Nampak dari kejauhan, mendung berarak pulang
Mendekati langit diatas hari
Terbias… segera menghilang dalam tatapan fajar

Suriapun bersinar tajam…
Bersama penghuni langit beriring menyentuh.
Saling bersahutan mereka dalam gerakan,
Sesekali menatap mengharap yakin.

Ada kisah yang harus terjadi…
Ada waktu dimana saat itu tidak ada lagi
Ada rasa yang kian membuncah,
Membiru terpukul waktu…

Aku tidak bisa berhenti…
Tidak bisa berhenti untuk terus ungkapkan
Sejuta pesona mekar dijiwa…
Mengajak kepak sepasang sayap…terbang…terbang menghampiri
Untuk harapkan yang terakhir dalam dermaga hati.

Dengan satu kata…
Andaikan bisa…



KEDEWASAAN
Friday June 30th 2006, 5:42 am
Filed under: Religion

Yang mencerminkan kedewasaan seseorang adalah sikap. Semakin hari semakin kita menyedari pentingnya sesuatu yang disebut sikap. Jadi sikap itu mewarnai cara berfikir kita dan tindakan kita dalam menghadapi hidup ini. Kedewasaan dapat diukur dengan berapa matangnya sikap kita ini dalam menghadapi hidup.

Kedewasaan sangat dipengaruhi oleh pengalaman hidup, jadi orang yang ingin belajar dari hidup ini, dari apa yang dialaminya akan lebih mudah dewasa.  Dugaan hidup, kesusahan atau penderitaan itu akan mempercepatkan atau mematangkan seseorang untuk menjadi lebih dewasa. Oleh itu dapat dikatakan bahawa kedewasaan bertunas dari jiwa yang telah mengalami dugaan hidup.

Orang yang dewasa ialah orang yang menghadapi dugaan hidup dan tidak lari dari menghindarinya, tidak cepat menyalahkan orang lain ke atas apa yang berlaku terhadap dirinya, sentiasa tabah dan sabar kerana tahu bahawa Tuhan mengatur segalanya untuk kebaikan. Orang yang dewasa juga ialah orang yang mampu membebaskan diri dari kepahitan hidup ini. Dengan kata lain orang yang dewasa tidak menyimpan dendam dan tidak merendah-rendahkan kekurangan orang lain, dia melihat fakta apa adanya dan memikul tanggungjawab di atas tindakannya.

"Kita tidak akan pernah tahu…jika kita tidak ingin tahu…bahawa kita tidak tahu…maka carilah tahu, tapi jangan asyik tahu."



Jawapan mudah yang boleh bawa kepada syirik
Friday June 30th 2006, 5:39 am
Filed under: Religion
Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan

keluarga yang bukan Islam.



Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan

masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam

rumah.



Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara

penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat,

dan mungkin pernah bertanya kepada kita....



   "Uncle sebelah buat apa tu Abah?"



 Dan secara amnya, kita akan menjawab...



"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"



jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik....



Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita..



"tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"



tetapi apabila kita memberikan jawaban ...



"dia tengah sembah tuhan dia"



kita menggambarkan pada anak kitra bahawa ada tuhan


 yang lain dari ALLAH,

kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan,


India

 satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan

mereka lain dr kita.



Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan

ALLAH"



Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"



Sekiranya jawaban ini diteruskan.....maka anak kita akan terus keliru

dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah

melainkan ALLAH"



Jawaban yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan

tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH,

tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"



Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang

salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.



Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".



Sekiranya apa yang


 disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan

yang baik datang dari ALLAH.



Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib,

sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawaban yang lebih

baik.....SILA KONGSI BERSAMA




rahsia memotong
Thursday June 29th 2006, 4:19 am
Filed under: Religion

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat

kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk
kepadanya
penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya

kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya
sembuh
dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari
dilahirkan   
oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.



Sekadar Renungan
Thursday June 29th 2006, 4:15 am
Filed under: Religion

Assalamu’alaikum wbt…

Ilmu, kadangkala tidak hanya datang didlm bilik kuliah, ia sentiasa
berlegar selari pembuluh darah…hanya kita yg kadangkala terlepas pandang,
justeru, bila kita sedar sesuatu itu memberi manfaat dan boleh
menyelamatkan kita dari terus2an hanyut, capailah ia dan jadikan ia
penyuluh menerangi jalan yg kadang2 kelabu, sekejap haru biru ada
masa…black out terus….

%%%%%%%%%%%%%%

SALIM OMAR

MINGGU lalu, baru saya nak seberang jalan ke Masjid Sultan untuk sembahyang
Jumaat,seorang pak cik dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana
masih ada banyak waktu, saya tak jadi seberang jalan dan tunggu pak cik
berjanggut dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam dan saya menyuruh
anak saya mencium tangannya. Orangnya sudah agak berumur. Tiba-tiba, pak
cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris
yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang
beliau ‘pegang’ betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya ‘pegang’
betul-betul juga.

Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya
betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan
yang betul.

Mudah-mudahan dengan menjaga bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan
terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pak cik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat
Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi tak
ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak
cik cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman
globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar
supaya pegang betul-betul surah itu.

Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar
sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah
Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik.

Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar untukmu
agamamu, untukku agamaku.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang
saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda.

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu
moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana
ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati.

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa
banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu
ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati
tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata
pak cik.

Ketiga, kuat fizikal.

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda,
kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat,
susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta
diri.

Terima kasih kepada pak cik. Pesanannya memang baik.

Nota saya;…mungkin yang dimaksudkan Pak Cik tu…pegang betul-betul
itu…supaya kita memahami kembali intipati sebenar surah-surah tersebut,
walaupun nampak simple, mungkin ada sesuatu pengajaran yang kita lepas
pandang, dan mengambil maksudnya sebagai pedoman hidup….mungkin kena
selalu diwiridkan (amalkan) kot seperti zikr supaya barakahnya meresap ke
dalam minda , sentiasa ’sebati’ dengan kita.

waallahu-a’alam



Korang nak tahu tak apa yang lelaki tengok?
Thursday June 29th 2006, 4:13 am
Filed under: Religion

Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. 

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki yang tidak berdosa itu, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang-seorang, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang-kurangnya dengan tiga orang wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insya-Allah selamat dunia akhirat. Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri-curi melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Wallahualam. Wassalam. Sekian


Kuatnyer Seorang Ibu
Thursday June 29th 2006, 4:12 am
Filed under: Cerpen

Tersebut al-kisah..seorang suami yang begitu
mencintai isterinya.
Maklumlah
kan, baru kawin, cinta masih segar, kasih masih
wangi..sewangi-wanginya.
setelah memadu kasih, maka isterinya yang tercinta
pun mengandunglah.

Setelah sarat mengandung, maka terbitlah rasa kesian
dan simpati teramat
sangat melihatkan kepayahan isterinya. Dirasakan
tidak termampu isterinya
membawa kandungan perutnya yang memboyot, tambahan
lah isterinya berbody
kecil.

Si Suami yang kebetulannya seorang ahli sukan bina
badan cubalah
membayangkan berat kandungan isterinya yang perlu
dibawa selama sembilan
bulan itu. A”arghh..*****a seberat lima kilogram
aje…kata hati si-suami
tu. Seberat sekampit beras saiz kecik.

Maka, suami itupun berjumpalah dengan seorang bomoh
dengan niat supaya
dipindahkan sakit bersalin isterinya itu ke
kakinya..maklumlaa..ahli bina
badan. Dengan izin Allah, pada tibalah hari
isterinya mengalami tahap
gesaan
bersalin tahap awal. Si suami tadi, terasa seluruh
otot tanganya
menyentap2
sakit, kejang yang amat sakit, tak tertanggung
olehnya. Tidak pernah rasa
sakit yang sebegitu. Maka berjumpalah semula suami
itu dengn bomoh, supaya
dipindah dan dialihkan sakit itu kepada isterinya.

Hairanlah suami melihat isterinya masih boleh
bertenang menghadapi
kesakitan
itu. Itu baru contraction awal, belom bersalin lagi.
Hairan betul melihat
isterinya masih boleh tersenyum sejurus melihat baby
nya selamat
aal dilahirkan.

Kini barulah ia sedar wanita merupakan orang yang
paling kuat menahan
sakit
besalin, yang merupakan sakit kedua azab selepas
sakit menghadapi
sakaratul
maut. Selayaknya syurga itu di bawah tapak kaki
ibu….Kuatnya seorang
wanita..isteri dan ibu…:)



Kisah penjual tempe…..
Thursday June 29th 2006, 4:09 am
Filed under: Cerpen
Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa.  Di situ ada seorang perempuan
tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari. Ia  merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang
dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk
pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat
daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.
Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya
beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak
lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi
pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana
hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman
Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib,
bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini
menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas  yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat
yakin bahawa
Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu
menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun
membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap
kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya  berfikir mungkin doanya kurang jelas
didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu
bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat
menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah
kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya
masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula
didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum
terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia
bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan
tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil
berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke
pasar.
Sebelum keluar dari rumah, dia  sempat mengangkat kedua tangannya untuk
berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku
berjalan menuju ke
pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini.
Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa
membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya
betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg
berdebar-debar dia  pun
membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe
yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.
Apa yang terjadi?  Tempenya masih belum menjadi!!
Dia  pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah
mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak
dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya,
inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa
tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu
hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula
kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah
hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan
bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di
sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan
menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat
pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan,
berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya
tapi masih belum berjumpa lagi."
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak
berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari
tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya
itu, cepat-cepat dia  berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak
mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup
tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih
belum menjadi! Dia pun rasa  gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.
Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak
membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin
makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si
ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di
England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang
sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun
kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun
dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa,
padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa
yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai
hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan
rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan