Cikgu Garang!!!
Wednesday September 27th 2006, 6:10 am
Filed under:
Cerpen
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi
senyap sunyi.
Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah
masuk ke dalam kelas.
Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin.
Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama
cikgu ialah ?
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang
dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!
Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari
ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,kamu semua
mesti menjawab dengan cepat,lawan bagi
perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid
merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh
mereka telah keluar.
Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah
dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok
masih ada.Cikgu itu pasti akan datang lagi.
Sekian terima kasih
Segenggam RiNdU Di Kolam Rasa..
Wednesday September 27th 2006, 6:02 am
Filed under:
Madah
Diamku..
tidak bisa mencairkan segenggam rindu
yang bertasik di kolam rasa
semakin membisu malam itu
hanya mengumpul rintihan sendu
melaung atma di racun pilu
Begitu ku simpan lafaz cinta di dalam kata-kata
di antara kemelut rasa
kasih ingin bersatu sayang
dan ketika aku mula menepuk tilam
mata enggan menyusur lena
barangkali kau juga masih celik
menghitung lamunan pada lelangit kamar
atau melakar bayang di benak
Malam terlalu singkat terasa
fajar yang cuba menayang layar
mau ku bungkus dengan selimut rindu
agar hari sentiasa gelita
tiada mahu diusung subuh
Aku hanya merasakan
tanpa mampu berkata walau sepatah cuma
bicara yang sering menyegarkan rerumput rindu
suara yang menyemarakkan impian
lenyap di celah kabus
pabila kau tinggalkan aku
membelai rindu semalaman…
Hanya Di Laut…..
Wednesday September 27th 2006, 6:01 am
Filed under:
Madah
Di lembah sana
menyilau padi menguning
sinar mentari terpancar riang
beralih pandang menggendung sinar ungu
sebelum rembulan sempat menggoda rindu
Berkirim bisik ke telinga
alunan gemelai di senja merah
entah semilir mana menghantar gema
habis lebur suara perindu
Adakah itu gema seruling
yang bertiup menembusi waktu berlalu
mendayu puisi hati merindu
menjaring angan ke dalam lena
lalu lupa tentang kedukaan
Kalau dapat diterjemahkan bisik-bisik angin
lewat nyanyian ombak yang merisik
bertapis nyiur lalu menghantar salam mewangi
akan mengemis sepasang mata
titis-titis air …
lantaran hati seorang perawan
hanya di laut tumpahnya rindu…
SIAPALAH AKU
Wednesday September 27th 2006, 6:00 am
Filed under:
Madah
Siapalah aku kekasih
untuk berlari dan bersenda di sisimu
agar petang-petang begini
aku tak lagi jadi perindu
yang sering digayut pilu
menanti kasih yang sejati
Siapalah aku kekasih
untuk mengundang dan melamar cinta kasihmu
agar malam-malam mendatang
aku tak lagi jadi pemikir
yang resah dilambai pasrah
diulit mimpi nan gundah
Siapalah aku kekasih
insan malang serba kurang
yang pincang direntap ketetapan takdir
sekadar menumpang di sudut yang sempit
tiba ketika pasti tersingkir
Terima kasih kekasih
kerana masih ada garis simpati
yang kau hulur untuk kusambut
kusimpan itu sebagai sejarah
bahawa antara kita kekasih
sama cita sama sehaluan
biarpun kita sebenarnya
sedang mengharung denai perpisahan
Siapalah aku kekasih…
.:: Ku kan terus berlalu ::.
Wednesday September 27th 2006, 5:59 am
Filed under:
Madah
Gementar nya jiwa
Bila gengaman ku kau lepaskan
Berangkat lah kau
Bersama awan yang ku renungi
Kasih ku berlalu
Resah nya hati ..
Pemergian yang tak kembali
Membawa kata kata
Yang kau tak ingin lagi
Yang kau tak bisa lagi
Mendengari nya
..kau membenci kan kasih ku
..kau pungut segala keindahan yang kau taburi
..kau simbar kan ia …di lautan yang bergelora…
Agar ku tak lagi mengikuti
Jejakmu …
Pergi lah sayang aku rela
Pergi lah kasih ku tak terdaya
Itu pinta mu
Ku kan kesepian ..namun
Demi cinta ku buburkan
Istana pasir di pantai indah
Supaya ombak cinta tak akan lagi
Menyapa hati yang sepi
Cinta ku mati
Bersama mu …
Usah kau menanti berita
Ku kan terus berlalu dari mimpi mu
Ku kan terus berlalu dari harian mu
Ku kan terus berlalu dari pinta mu…
Ku kan terus berlalu
..:: Kenangan CintaKu ::..
Wednesday September 27th 2006, 5:58 am
Filed under:
Madah
Biarlah aku begini
Menjalani hidup sendiri
Mengubati derita di hati
Menyesali kesilapan diri
Yang tak mungkin kuulangi
Biarlah aku sendiri
Hidup berteman sepi
Bersama kekosongan di hati
Bukan kau saja yang merasai
Malah aku juga turut mengalami
Sebuah kehilangan ini
Biarlah aku sendiri
Tak perlu bersusah payah tentang pengganti
Kerana luka lama kan berdarah kembali
Bukan niatku mencurigai cinta ini
Tetapi hati ini tidak gemar meyakini
Sesuatu yang tak pasti
Kata hati sampai bila harus begini
Mata bengkak setiap hari
Lantaran menangis di malam hari
Perkataan ’stop’ memang menyakitkan hati
Aku diibarat di gantung tidak bertali
Kan lebih baik berterus terang andainya tak sudi lagi
Keranaku sedar siapa diri ini
Tidak dapat menjadi seperti yang dikehendaki
Oleh insan yang kukasihi setulus hati
Sampai nak beri semangat pada si dia pun dah tak reti
Kerana mungkin sidia dah ada insan lain yang dapat
Menaikkan semangat diri..
Kalau nak dibandingkan dengan aku yang jauh ini
Apatah lagi nak memujuk diri
Akhirnya tinggallah aku terkontang-kanting sendiri
Andainya lepas ’stop’ disambung lagi
Aku tak dapat bayangkan apa yang bakal terjadi
Sedangkan dulupun aku dah merasa sengsara di hati
Masihkah aku DISAYANGI ???
Tengoklah dulu…
Adalah jawapan yang tidak pasti
Bagi lelaki..
Itu tandanya tak mahu @ tak sudi
Jawapannya memang tak confirm lagi..
Masih terngiang-ngiang di telinga ini
Si dia pernah menyuruh aku mencari pengganti
Sedih dan tercabar bercampur baur di hati
Sampai hati dia buatku begini..
Sebelum ’stop’ memang si dia aku uji
Yelah untuk mendapatkan kepuasan di hati..
Namun tiada jawapan pasti malah persoalan
Bersilih ganti .. masihkah aku DICINTAI ???
Kepercayaan dan keyakinanku mula berubah
Keputusanku sudah muktamad
Biarlah aku sendiri dari menunggu sesuatu yang tak pasti
Sajak terakhir sidia kutatapi
Katanya kesetiaannya tak ku hargai
Bagaimana nak ku tahu kesetiaan dirinya
Usahkan berjumpa, telefon pun tak lagi, berutus surat lagilah jauh sekali
Bait-bait sajak masih kuingat
Katanya pengorbanannya telah kulupai
Ikhlas kukatakan segalanya tak pernah kulupai
Malah kuingat sehingga kini walaupun pengorbanannya tidaklah sebesar mana pun
Sesungguhnya walau sebesar zarah pun dia tak pernah kubenci
Juga tak pernah kusalahi
Niat dihati tak ingin si dia kubebani dengan masalah peribadi dan diriku ini
Lalu si dia kubebaskan dan aku terus melangkah pergi
Membawa diri walaupun terkilan yang amat di hati
Kerana sayang padanya yang telah sebati dengan diri
dan rindu yang tak pernah padam…
Dikeheningan ini..
Pelbagai persoalan menghantui benak ini
Betulkah tindakan yang telah kulakukan ini
Dan sesuatu yang ingin kutahu dari dulu lagi..
Sesuatu yang ingin ku dengar dari mulut kekasihku sendiri
Dari sudut hatinya yang paling dalam..
MASIHKAH AKU DIHATINYA DAN MASIHKAH AKU DISAYANGI??
Megertilah wahai insan yang kukasihi
Aku adalah diriku yang tidak gemar disamakan dan takkan bisa
Menyamai mana-mana gadis dalam hidupmu sebelum
Mahupun yang selepas ini dan…
Aku masih punya harga diri
Akan aku tetap gagahkan kaki bagi menempuhi perjalanan hidup ini
Biarpun tanpamu di sisi…
Hanya tinggal kenangan cinta yang akan mengiringi setiap langkah ku kini…
CERITA AYAM YANG MACHO
Wednesday September 27th 2006, 5:47 am
Filed under:
Cerpen
Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak
di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5
Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang
umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel
percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati
masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli
seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan
yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan
si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan
hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu
terjadi percakapan seperti ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam
betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.
Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan
diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.
Si ayam jalak tua : Eh a…berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua
bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn
pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang… O.klah, aku maleh
nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan
eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan
mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua
ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.
Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita
nak buat pertandingan apa ni… cabut bulu ayam ker (jalak muda
membuat lawak loya beruk yer)
Si ayam jalak tua : Dak’ah! Senang jer pertandingan lumba lari.
Sambil tersenyum kambing,
Si ayam jalak muda:Set
Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku
minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.
Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter
baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra
gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam
jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????
[jawapan ada di bawah]
Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap
kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK
TUA AKU"
NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,)
HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA…
.:: Idlal Amnah - Episod 5 (Final) ::.
Wednesday September 27th 2006, 5:31 am
Filed under:
Cerpen
"Selamat pengantin baru, Idlal Amnah."
Datuk Karim mengucup dahi cucu tirinya lembut.
"Terima kasih, tok."
Berkat dari kegigihannya menjalani terapi hampir 2 tahun. Akhirnya Ain kembali berjalan seperti biasa. Malah hari bersejarahnya pun, Ain sudah boleh melangkah sendiri untuk naik ke pelamin. Natashalah gadis paling gembira di hari perkahwinan Ain. Natasha yang sudah berusia 6 tahun semakin seronok bila mendapat beberapa orang rakan baru. Keluarga Encik Lotfi dan Puan Zaini sampai ke Malaysia seminggu sebelum majlis perkahwinan Ain dijalankan.
"Hisy! Penat betul abang hari ni. Awak macam mana? Kaki tu o.k ke? Abang bimbangkan awak. Takut-takut awak letih. Malam ni abang tolong urutkan kaki tu yea."
"Terima kasih, sebab bagi saya peluang jadi isteri. Ni berkat kesabaran awak temankan saya terapi tiap-tiap hari tau."
"Abang rasa awk kena tukar panggilan tu. Apa pulak berawak-awak? Kan tadi awak dah sah jadi milik saya. Skerang awak kena panggil saya abang tau."
"Malulah, tak biasa"
"Sayang….Panggil abang!"
Ain menjerit bila hidungnya dipicit oleh suaminya.
"Papa!! Mama!! Senyum!"
Ain ketawa memandang Natasha yang asyik dengan kamera yang dihadiahkan oleh Encik Lotfi padanya. Sesungguhnya dia benar-benar bahagia.
"Sayang bahagia?"
"Hmm…..Terima kasih kerana sudi terima Ain dalam hidup…."
"Abang."
FIrdaus Arief memeluk Ain ke sisinya.
"Seganlah, lagipun ada orang dengar nanti. Apa plak diorang kata."
"Ain…."
Firdaus Arief menarik Ain ke ribaannya. wajah Ain merona merah bila si suami merenungnya dengan pandangan tajam. Firdaus Arief terus memeluk Idlal Amnah ke dalam pangkuannya. Akhirnya Ain berjaya menjadi miliknya.
"Aku dah kata mesti kau kahwin jugak dengan Achik. Selamat Pengantin Baru."
Sue hadir membingitkan suasana. Membuatkan Ain cuba bangun melarikan diri dari pelukan Firdaus Arief.
"Romatiknya, kawan aku ni. Dengki aku tengok. Nak malu apa Ain. Korang kan dah jadi suami isteri
Firdaus semakin erat memeluk isterinya. Diciumnya pipi Ain di depan Sue. Gamat sebilik dengan reaksi nakal Firdaus.
"Ain akan cuba bahagiakan abang."
Sebaik Sue keluar Ain berbisik lembut ke telinga Firdaus, pipi Firdaus dicium lembut. Kemudian Ain berlalu keluar. Meninggalkan Firdaus yang sedang angau.
-TAMAT-
.:: Idlal Amnah - Episod 4 (Pre-Final) ::.
Wednesday September 27th 2006, 5:28 am
Filed under:
Cerpen
"Uncle?! Apa uncle buat kat sini?"
Firdaus terkejut dengan teguran seorang anak gadis kecil.
"Saya Natasha, jom masuk uncle."
"Takpelah, dah lama ke Natasha dan keluarga pindah ke sini?"
"Memang Tasha duduk sini. Mama ajak Tasha pulang ke sini. Ini rumah arwah Datuk Tasya."
Datuk?! Firdaus cuba mengingat kembali, ini rumah peninggalan orang tua Ain. Hatinya kuat meronta untuk mengetahui siapa mama Natasha.
"Siapa abah Tasya?!"
"Entah!"
"Natasha!! Natasha!! Masuk sini, sayang. Panas kat luar tu."
Satu suara yang cukup dikenali oleh Firdaus.
"Kejap mama! Tasha dapat kawan baru."
"Ajak kawan tu masuk!! Main kat dalam."
Terdengar jeritan mama Natasha dari dalam rumah. Natasha mengamit tangan Firdaus, lantas menariknya ke dalam rumah. Firdaus hanya akur, hatinya melonjak-lonjak untuk mengetahui siapakah mama Natasha.
‘Mungkinkan dia sedang berbahagia sekarang?’
Firdaus tergamam melihat keadaan rumah yang masih sepeti kali terakhir dia melangkah keluar dari ruma ini. Namun kesepian rumah tersebut meragut kecantikan hiasan rumah tersebut. Mungkinkah pemiliknya masih insan yang di rinduinya. Ataupun insan lain.
"Mana mama ni?! Tadi panggil Tasha. Kejap uncle ya. Uncle nak minum apa?"
"Hah?! Masuk pun kamu. Kata tadi nak ajak kawan main kat dalam. Mana kawannya?!"
"Tuu…"
Mulutnya dijuihkan kepada Firdaus yang tercegat di sisi ruang tamu, masih terpinga-pinga.
"Hmm….Kawan ke? Pakwe ni?"
"Mama ni?!"
Natasha mencebik dengan sikap mamanya yang suka mengusik.
"Nanti papa Afiq datang ambil Tasha, dia nak ajak Tasha main-main petang ni."
"Mama tak pergi?!"
"Mama nak pergi macammana? Nak suruh mama tersangkut dengan kerusi roda ni lagi ke? Lepas tu Tasya gelakkan mama macam dulu tu."
Natasha menekup mulut menahan tawanya, pipi mamanya dicium lembut. Firdaus memandang dari jauh, kelibat seorang wanita dengan kerusi rodanya. Serta merta ingatan Firdaus teringatkan tentang Ain. Sayup-sayup Firdaus mendengar perbualan gadis kecil yang dipanggil Natasha dengan mamanya.
"Tapi….Mama selalu tak pergi, kenapa mama Tasya tak macam orang lain. Kawan-kawan Tasha semua mama diorang yang ajak jalan-jalan. Tapi mama Tasha."
"Natasha…Tak baik kata mam macam tu!"
Entah mengapa hati Firdaus terasa dengan kata-kata Natasha.
"Achik?!!"
Ain terkejut dengan teguran dari Firdaus, Natasha berlalu meluru ke bilik, dengan perasaan serba salah kerana ditegur oleh Firdaus. Ain turut terkejut dengan teguran Firdaus yang tidak semena-mena.
"Bila Achik balik?!!"
Ain terkejut, pemuda itu ditenung sambil terkejut gembira. Lelaki yang amat dirindui selama ini.
"Pagi tadi."
"Baru sampai, terus Achik ke sini. Achik rindukan Ain ya."
"Achik tak pernah berhenti rindukan Ain tau."
"Mana Zam?!"
"Achik tak tahu ke?"
"Tahu apa?!"
"Abang Zam lari sebelum hari perkahwinan. Ain tak jadi berkahwin, Ain sedarsiapa Ain. Dah macam beban pulak."
Ain masih boleh tersenyum. Ain tidak pernah berubah.
"Habis?!"
Firdaus terkejut. Teringat dia pada si kecil Natasha.
"Natasha? Dia tu anak angkat Ain. Ain ambil dia sejak dia masih bayi lagi."
"Kenapa tak beritahu Achik?!"
"Achik tak pernah tanya."
Firdaus ketawa.
"Kenapa ketawa pulak ni?"
"Iyalah, Ain tak pernah berubah."
"Isy!! Apa tak berubahnya, ni!"
Ain mengusap lembut kakinya yang kaku.
"Itu lain, tapi bagi Achik Ain tetap sama."
"Achik dah kahwin ke? Dah berapa orang anak?!"
"Sepuluh. Lepas tu mak dia ada 3. Seorang dah curang. Ikut jantan lain."
Ain terkejut.
"Sampai macam tu sekali."
"Uncle ni playboy ya."
Natasha yang mendengar perbualan mereka di balik pintu menjadi tertarik dengan cerita Firdaus. Perlahan-lahan dia keluar dari biliknya, hilang segala rajuknya. Kemudian Firdaus dan Ain dihampiri. Natasha mengambil tempat di atas ribaan Ain. Ain berkerut sakit, namun Natasha tetap dipangkunya.
"Mari Tasha duduk sini. Kesian mama tu."
Firdaus mendukung Natasha dari ribaan Ain, kemudian dipangku ke ribanya.
"Anak kucing lah ni."
"Uncle tipu Mama."
Natasha ketawa sambil menutup mulut.
"Ooo….Ketawakan mama ya."
Natasha terdiam dengan teguran Firdaus. Melihatkan reaksi Natasha, Firdaus ketawa, begitu juga Ain. Mereka berbual panjang dengan ditemani oleh Natasha.
"Ain….Petang ni kita keluar, nak?"
"Jomlah, mama."
"Hmm….Tak malu ke bawak Ain macam ni."
"Nak malu apa? Lama tak keluar sama-sama, kan."
"Malaslah, nanti menyusahkan Achik lak."
"Tak pernah susah, Ain."
"Mama kan boleh jalan guna tongkat kepit tu. Marilah mama."
"Betul ke?"
Ain mengangguk.
"Ain buat rawatan terapi. Doktor kata kaki ni boleh berfungsi, tapi kena usaha lebih sikit. Maklumlah, masa accident dulu tu hanya luka kecil je kat tulang belakang."
"Baguslah tu. Nanti Achik boleh temankan Ain pergi terapi hari-hari. Achik dah kerja kat sini tau."
"Hee…. Bestnya, macam zaman muda-muda dulu je. Tak susahkan Achik ke?"
"Mana nak susah, Ain tak pernah susahkan Achik tau."
Petang itu mereka sama-sama keluar. Firdaus membantu Ain masuk ke kereta.
"Achik tolong ya."
"Takpelah, achik. Segan pulak Ain, Achik bukannya muhrim Ain. Tapi senang-senang plak nak pegang Ain ya."
AIn mengusik, dia mulai rasa segan dengan Firdaus. Tanpa menunggu jawapan seterusnya Firdaus mengangkat Ain ke kereta, kerusi roda dilipat dan diletakkan di bonet.
"Kesian mama Tasya."
Satu ciuman hinggap di pipi Ain.
"Kita beli KFC nak?!"
"Nak!"
Natasha terus mengiakan pertanyaan Firdaus.
"Malam ni tidur kat mana?!"
"Hotel kot."
"Hmm….Tidur rumah Ain jelah, lagipun abang Afiq pun tidur kat rumah malam ni. Mak Pah pun ada."
"Jomlah uncle. Tidur bilik Tasya, boleh cerita kat Tasya."
"Isy! ‘Anak dara’ ni ada ke ajak Uncle masuk bilik. Tak malu."
Usik Ain.
"Tadi Tasya merajuk, kan."
Firdaus menyambung usikan Ain.
"Tasya ni mana pandai merajuk, Achik. Merajuk pun sekejap, kalau takde orang pujuk tak lebih 2 minit dah keluar semula."
"Macam mama dialah ni."
Mereka sampai ke KFC.
"Kita makan kat pantai jelah."
"O.k jugak tu, tikar spare dah ada kat bonet. Tapi….susah sikitlah Achik."
"Apa susahnya!"
"Kerusi mama tak kalis pasir."
"Tasya!"
Ain menegur anak gadisnya yang mulai berceloteh dengan Firdaus.
"Uncle tahu tak?! Masa pergi berkelah ngan papa Afiq, roda kat kerusi mama tertimbus pasir. Kesian papa Afiq kena angkat mama. Uncle bayangkanlah sepanjang nak pergi ke tempat perkelahan tu papa Afiq kena dukung mama. Macam budak-budak."
Firdaus tergelak besar. Begitu juga Natasha. Ain menarik muka masam. Geram.
"Uncle nak beli makanan, Tasya nak ikut ke?"
"Tak payah ajak dia Achik. Nanti habis semua ‘course meal’ dia nak borong."
"Jom!! Uncle belanja."
"Achik…"
"Mama nak makan apa?"
"Uncle tahu mama nak makan apa, Tasha."
Firdaus memimpin Natasha masuk ke KFC, sementara Ain menanti di dalam kereta. Seketika kemudian.
"Mama!! Mama!!"
Panggilan Natasha mengejutkan Ain, Firdaus memimpinnya ke kereta.
"Tasya dapat mainan baru. Seronoknya. Ini untuk mama! Uncle kata mama pun suka mainan ‘course meal’. Ooh….Patutlah Uncle Afiq selalu beli 2 set ‘course meal’. Mama pun suka yea."
"Tasya ni cakap banyaklah, tak padan dengan tuannya."
"Mama…."
Natasha menjengilkan mata kepada Ain. Firdaus ketawa. Sesampainya di pantai. Natasha berlari mencari tempat. Sementara Firdaus mengeluarkan kerusi roda Ain dari dalam bonet.
"Tak payah keluarkan kerusi roda mama tu, Uncle!!!"
"Kenapa pulak?!"
Firdaus hairan.
"Dia tak mahu tengok roda dia tertimbus dalam pasirlah tu. Isy! Budak ni."
"Betul jugak kata Tasha tu."
"Achik pergilah layan Tasha tu, biar Ain tunggu dalam kereta je."
"Uncle!!! Mama!!! Cepatlah! Duduk sini!!"
Natasha riuh memanggil.
"Jom!!!"
Spontan Firdaus mendukung Ain mendapatkan Natasha. Sebaik tiba di atas tikar. Natasha tersipu-sipu tersenyum, mengusik Ain dan Firdaus.
"Kan best kalau uncle jadi papa Tasha."
Kesian Natasha, anaknya tidak pernah merasai belaian seorang ayah.
"Alah! Mama Tasha jual mahal, bukan dia nak orang macam uncle ni."
"Itu dululah, Achik."
"Sekarang??"
Achik memohon jawapan dari Ain.
"Sekarang dengan dulu sama je."
"Uncle….Dulu uncle satu kelas dengan mama kan. Mesti masa tu mama banyak sangat jalan, kan? Sampaikan sekarang dah tak boleh jalan."
Ain terkejut dengan ulasan Natasha. Firdaus ketawa.
"Janganlah ketawa, uncle. Tasha cakap betul. Kalau kita banyak sangat jalan masa sekarang. Nanti…Jadi macam mama, sekarang mama dah nak jalan semula tau. Sebab mama dah lama tak jalan. Tasha selalu temankan mama gi hospital. Tasha tahu satu hari nanti mama akan boleh berjalan balik. Tasha nak lumba lari dengan mama."
Ain terharu, amat tinggi harapan anak gadisnya itu.
"Pandailah Tasha ni, nanti besar Tasha nak jadi apa?"
"Jadi aper, ma?! Kalau orang salah kita tangkap lepas tu kita pakai rambut putih tu. Tasha lupalah. Macam papa Afiq tu."
"Lawyer?!"
"Ha….Tasha nak jadi itulah!"
"Jadi apa?!"
Firdaus mengusik.
"Jadi itulah yang uncle sebut tadi tu."
"Cuba sebut kat uncle ni."
Natasha mencebik, kemudian bangun berbisik pada Ain.
"Tak baik bisik-bisik tau."
"Ikut Tasha lah, mulut Tasha."
"Eh! Eh! Anak dara ni, melawan ye. Tasha tau tak dulu mama Tasha pun macam ni tau. Uncle cakap satu je, tapi mama balas berderet-deret. Sampai kelu lidah uncle nak menjawab."
"Mama cakap banyak masa dulu ya.. Nasib sekarang mama boleh cakap. Kalau tak mesti Tasha sunyi. Sebab takde orang nak cakap dengan Tasha."
"Papa ada!"
Firdaus menjawab. Natasha terdiam, begitu juga Ain.
"Boleh ke, mama?!"
"Achik…Jangan mainkan Tasha."
"Betul, biar Achik jadi papa Tasha. Tak naklah jadi uncle. Nanti Tasha ‘Jadi itulah’. Boleh jaga papa nga mama sekali…"
Firdaus menyakat Tasha.
"Uncle….Mama tengoklah Uncle ni. DIa mainkan Tasha. Dia kata kata Tasha nak ‘Jadi itulah’. Tasha nak jadi cam papa Afiq. Apa ma?"
"Bukan uncle lah, sayang. Papa…"
FIrdaus menarik Natasha ke sisinya. DIpeluk dan diciumnya pipi Natasha.
"Oklah! Yahoo, lepas ni Tasha ada papa. Tasha nak bagitahu semua orang yang Tasha ada papa. Tasha sayang papa. "
Natasha memeluk leher Firdaus. Ain mengesat airmata yang bertakung dimatanya.
"Yahoo!!! Papa ada anak yang nak ‘Jadi itulah’. Hehehehe…."
Natasha memasamkan muka dengan usikan Firdaus, selepas itu Natasha dan Firdaus terus-terusan berceloteh. Firdaus melayani Natasha dengan baik.
"Jom dah petang ni. Kita balik."
Ain bersuara. Kali ini, Firdaus cuba mengangkat Ain sekali lagi.
"Takpe! Kali ni Ain nak cuba jalan sendiri."
"Boleh ke?"
Ain mengangguk.
"Takpe….Masa terapi pun Ain praktis jalan sendiri. Tasha tengok mama jalan, kan?"
" Tapi, kena pimpinlah."
"O.k! Achik tolong Ain."
Firdaus memimpin Ain perlahan-lahan.
"Mama ni lambatlah!"
"Tasha…"
Ain hanya tersenyum, anak gadisnya sudah banyak keletah. Tak ubah seperti anak dara. Firdaus masih memegang Ain erat. Hampir separuh jalan, Ain mula keletihan.
"Dulu tak macam ni, round bandar pun takpe. Tapi sekarang tengoklah! Mesti malam ni bengkak kaki ni."
"Kenapa tak beritahu dari tadi?!"
"Malas nak beritahu Achik. Nanti Achik tak bagi can Ain nak jalan pulak."
"Sekarang!!! Cepat Tasha bukak pintu kereta."
"Okay, papa!!"
Firdaus mendukung Ain, dan terus berjalan ke kereta. Ain menjerit dengan perbuatan Firdaus.
.:: Idlal Amnah - Episod 3 ::.
Wednesday September 27th 2006, 5:26 am
Filed under:
Cerpen
"Kau masih nak teruskan hubungan dengan Zam?"
Ain mengangguk. Firdaus sedikit kesal.
"Kau….Kau…."
"Dahlah tu, Achik. Kalau tak kerana abang Zam yang nak terima Ain macam ni sapa lagi? Achik juga yang kata, Abang Zam kena bertanggungjawab atas apa yang dia buat pada Ain."
"Ain…."
"Ain tahu Achik sayangkan Ain, lepas ni takleh lah Ain nak bodek Achik macam dulu lagi. Kita dah tak boleh naik ‘bike’ sama-sama, kan?. Ain…Ain dah jadi cacat. Dah tak segagah dulu."
Ain ketawa, sebak di dada cuba disembunyikan.
"Parut ni pulak, entah bila boleh hilang. Ain dah tak macam dulu lagi, Chik."
Parut yang melingkar di pipinya diusap perlahan. Ada getaran dijung jarinya. Ain mulai sebak. Airmata mulai bergenang. Turut mengundang sebak di dada Firdaus.
"Achik sanggup beli apa saja untuk Ain. Achik sayang Ain."
"Ain tahu, dari dulu lagi Ain tahu Achik sayang Ain. Sekarang semua orang pun dah sayang Ain. Tapi Achik yang lebih dulu sayang Ain, kan?"
Ain ketawa, namun kali ini airmatanya gugur di depan Firdaus.
"Ain dah tak boleh jalan macam dulu, Chik."
"Ain…."
Firdaus memandang keluar tingkap bilik. Cuba mengundang sebak. Dadanya sebak.
"Abah dapat tawaran ke Jepun. Insyaallah kalau tak ada aral melintang, keluarga Achik akan berangkat ke sana lusa. Ain hantar Achik ya."
"Achik…Achik…..Macammana Achik nak hantar Ain, Achik tengoklah…."
Ain mengusap pehanya yang berbungkus dengan lembut. Kata-kata Ain mati disitu, tatkal Firdaus memeluknya kemas.
"Ain mesti datang, Achik balik dulu."
Ain memandang lesu, masih terkejut dengan pelakuan Firdaus sebentar tadi.
"Alangkah baiknya kalau Abang Zam sayangkan Ain macam Achik sayangkan Ain."
Satu keluhan terdetik di hati Ain. Seketika kemudian, Afiq masuk ke bilik Ain.
"Kenapa Achik tu? Sedih je abang tengok. Haa…..Ada apa-apa ke adik abang dengan Achik tu."
"Takdelah. Abang, Ain nak keluar. Tapi….Abang tengoklah ni."
Afiq memandang sayu, dihampiri katil Ain perlahan.
"Mari abang dukung ya. Ain beritahu mana Ain nak pergi, abang boleh bawak tau?"
"Tak malu ke abang? Ain dengan abang…."
"Ain, kan umi dah beritahu Ain ni adik abang. Abang dan Ain satu susuan. Umi pernah susukan Ain masa Ain bayi tau."
"Ain lupalah, bang."
Ain cuba ketawa. Namun, entah kenapa dia tiba-tiba bersedih. Airmatanya gugur.
"Kenapa ni?"
"Kenapa sebelum ni abang, umi dan kak Lia tak balik ambil Ain?"
Afiq terkejut.
"Bukan Umi tak nak ambik, Amnah. Tapi…Datuk Karim dah hantar orang untuk musnahkan hidup Umi bersama anak-anak umi. Umi pernah balik, tapi macam-macam hal berlaku masa tu. Malah Datuk sendiri arahkan orang agar memberi amaran pada umi untuk jauhkan diri dari Amnah. Selama ni, Abang Afiqlah yang umi harapkan jaga Amnah. Abang Afiq pernah datang rumah Amnah lepas abah Amnah meninggal. Tapi masa tu abang Afiq takut nak beritahu Amnah lagi. Amnah terlalu bersedih."
Kalsom memeluk Ain, diciumnya gadis itu berkali-kali.
"Sayang anak umi, lepas ni umi janji umi takkan tinggalkan Amnah lagi."
Masing-masing deselubungi kesepian.
"Ain nak keluar, nak hirup udara segar. Abang kata nak dukung Ain."
Afiq terus mengangkat tubuh Ain perlahan-lahan.
"Berat jugak Ain ni ya. Hii, mati abang nak bawa Ain jalan lama-lama nanti."
"Afiq…."
Kalsom menegur. Ain ketawa riang.
* * *
"Ain mintak maaf kalau sebelum ni, Ain ada buat kesalahan pada Achik sekeluarga."
Ucap Ain perlahan, rasa sayu menyelubungi dadanya.
"Tak pernah, sayang."
Puan Zaini memeluk Ain yang setia di kerusi rodanya. Kemudian diciumnya Ain berkali-kali. Ain mencium tangan Encik Lotfi, kemudian seorang demi seorang adik-adik Firdaus datang memeluk Ain. Akhir sekali mereka semua membiarkan Firdaus bersendirian dengan Ain.
"Achik harap Ain bahagia. Achik akan poskan surat buat Ain sentiasa. Achik sayangkan Ain."
Firdaus memegang tangan Ain, diletakkan sebungkus hadiah berbalut kemas di dalam genggaman Ain.
"Achik….Jangan lupakan Ain ya."
"Achik takkan lupa tentang Ain."
"Nanti tak bolehlah Ain nak bermanja-manja dengan Achik cam dulu. Masa Ain kahwin nanti…."
Suasana menjadi senyap.
"Achik tak boleh pulang masa tu Ain. Achik tak sanggup."
"Tapi sekurang-kurangnya…Achik hantarlah berita tentang Achik dan keluarga kat sana ya. Ain pasti rindukan mereka semua."
"Ain….Nanti masa konvo kalau Achik tak balik, Ain ambilkan transkrip Achik dan poskan untuk Achik ya."
"Insyaallah, Chik. Itupun kalau Ain pergi. Ain segan nak berdepan dengan keadaan macam ni."
"Ain….Pandang Achik, Ain tak pernah kurang apa-apa. Cuma mungkin masa ni Ain tak bernasib baik."
"Ain ni agaknya memang bernasib malang, kan."
Airmatanya menitis.
"Hei….Kenapa ni?! Bukan Ain bernasib malang, cuma kurang baik je."
"Samalah tu."
"Achik!!! Cepat!!"
Panggilan Fatin kembali membisukan mereka.
"Sayang Achik nak tinggalkan Ain."
"Achik…."
Ain menghulurkan sebuah album.
"Ingat lagi tak?! Sampai kat sana nanti Achik bukaklah. Achik pernah beritahu Ain dulu, Achik takde gambar kiter masa kat kampus dulu. Ain dah kumpul semua gambar sejak kita kenal hingga Ain jadi begini."
Firdaus terdiam. Ain dipandangnya, hatinya jadi sebak.
"Jangan nangis, Chik. Tak malu orang tengok."
"Mana ada?! Cuma terharu je."
Masing-masing tersenyum.
"O.k Achik pergi dulu."
Pantas Ain mencapai tangan Achik dan menciumnya.
"Jaga diri baik-baik, Ain dah macam adik Achik tau. Ain penting dalam hidup Achik, insyaallah…Hari ini dan selama-lamanya, sayang"
Ain cuba bergurau. Tanpa diseka-seka, Firdaus memeluk Ain. Erat. Kemudian Firdaus berlalu sepi. Malu dengan perbuatannya di luar kawalan. Ain masih terkejut, Firdaus berlalu tanpa berpaling lagi.