Kisah cintaku
Monday February 12th 2007, 7:09 pm
Filed under: Cerpen
Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang
melihat mentari terbit. Aaah..
kecantikan alam ciptaan Allah memang
tiada tolok bandingnya. Sedang aku
memerhati, aku puji Tuhan atas segala
keindahan yang telah Ia sajikan itu.aku
duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.
Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu
mencintai Aku?Aku menjawab,Sudah tentu!
Engkaulah Penciptaku, masakan aku
tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi,
Jika kamu ditakdirkan cacat
anggota, adakah kamu akan mencintaiKu? Aku tergamam
seketika. Aku lihat tangan,
kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai
kerja yang mustahil aku
lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini
tidak kusedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku,
tetapi aku akan tetap
mencintaiMu.”
Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu
ditakdirkan buta, adakah kamu akan
menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana
mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu
yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat?
Kemudian aku berfikir…ramai orang
yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka
masih mencintai Allah dan segala
ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar
bagiku membayangkan keadaanku yang
sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap
menyintaimu Ya Allah.” Dia bertanya
lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu
akan tetap mendengar kepada
kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar
jika aku pekak? Kemudian aku
tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya
menggunakan telinga; tetapi
menggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir
itu amat berat bagiku, namun aku
akan tetap menyintaiMu.” Dia menyambung lagi
persoalanNya, “Jika kamu
ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?
”
Aku tertanya lagi, bagaimana
aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir
kemudian yang Allah mahu kita
memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita;
tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku
tidak mampu untuk mambunyikan pujian
bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan…
Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar
menyintaiKu?” dengan nada yang
tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan
yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku
menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya
Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku
fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus
untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia
terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa
kamu masih melakukan dosa?” Aku
jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang
selalu lalai; aku tidak sempurna…aku
bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika
kamu senang dan gembira…kamu
lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu?
Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan
bantuan…kamu terus ingat kepada Aku;
kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”
Aku tidak mampu berkata-kata.
Yang kusedari…titisan panas turun membasahi
pipiku.
Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini
kadang-kadang sujud menyembahKu,
dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu?
Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika
kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu
sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan
panas mengalir derasmembasahi
pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu?
Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu?
Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain
sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu
sering membuat alasan
ketika Aku memberimt peluang untuk berkhidmat di jalanKu?
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan
bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku.
Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi
persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang
selama ini lancar berkata-kata, kini
kelu. Otakku ligat mencari jawapan… atau alasan…
namun tiada apa yang
kutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi… “Kamu diberikan sebuah kehidupan.
Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding
orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap
berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu
kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini,
tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.
Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu
berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada
kamu pesuruhKu, tetapi kamu
tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan.
Aku dengar segala permintaan
dan rayuanmu kepadaKu… dan semuanya telah
Aku perkenankan dengan pelbagai
cara.” SambungNya lagi, “Kini… adakah kamu menyintaiKu?”
Aku tidak mampu menjawabnya lagi.
Bagaimana harus aku jawab persoalan ini/.
Dalam tak sedar, aku malu dengan
segala apa yang telah aku lakukan selama
ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi
menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku
jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku
berteriak menangis, dan bercucuran airmata
mengalir turun di kedua-dua belah
pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku… ampunkanlah
segala dosaku. Aku tidak layak
menjadi hambaMu Ya Allah…”
kemudian Dia menjawab, “Sifatku
pengampun… barangsiapa yang memohon keampunan
dariKu, nescaya Aku ampunkannya.
Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”
Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau
tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan
kesalahan berulangkali dan memohon
ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah
cintaMu terhadapku?” Dia menjawab
“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali
tidak akan mengabaikanmu. Apabila
kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu
dan mendengar segala rintihanmu.
Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan
turut gembira dengan kegembiraanmu.
Apabila kamu berasa gundah dan kesepian,
Aku akan memberikanmu semangat. Apabila
kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu.
Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu.
Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke
hari yang akhir dan Aku akan
menyayangimu selama-lamanya.”
Seingat aku… aku tidak pernah menangis sebegini.
Aku sendiri tidak mengerti
kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis
menyesali segala dosaku
selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini…
aku benar-benar solat
dalam ertikata yang sebenar. Wa’allahualam.. .


Sepi hati seorang perempuan
Saturday February 10th 2007, 1:24 am
Filed under: Cerpen

" Ingin ku sendiri meniti hari, kala sunyi yang melanda sepi, alam bisu bagaikan
mengerti, berakhirnya sebuah memori, ingin ku melangkah membawa diri, kerna
cinta yang dikhianati, bukannya tak sanggup menghadapi, pengorbanan ku tak
dihargai…."

Lagu Pasrah dendangan penyanyi wanita paling popular, Erra Fazira
kedengaran syahdu berkumandang di hifinya. So what? Takkanlah kerana frust nak
pergi membawa diri pulak. Farah, sedarlah sikit, mak bapak kau hantar ke sini
suruh belajar, bukan suruh bercinta. Tengoklah apa akibatnya orang tak dengar
cakap mak bapak, kan dah frust menongeng. Habis, dulu dia jugak cakap yang
benar-benar sayangkan aku. Dulu lain, sekarang lain sebab sekarang dah ada Siti
Nurhaliza , eh silaplak.. Siti Nurliyana. Apa kurangnya aku? Hehehehhehe. . Siti
Nurliyana tu dahlah kaya, ada sport car pulak tu, senanglah si Haris nak
mengangkut dia ke sana ke mari. Tetapi, Haris bukan macam itu. Alah, lelaki
kalau dah dasar buaya, memanglah buaya. Haris bukan buayalah. Eleh, kau tu yang
buta, yalah orang dah sayang, batu pun bolej jadi intan permata.

"Tidak!!! " laungan Farah Farhanah mengejutkan rakan di
bilik sebelah.

" Eh Farah, aku tahulah esok kau ader test unit operasi 1 esok, kalau nak lepas
tention pun, pergilah melalak kat Balai Cerap sana tuh. Orang lain pun nak study
jugak" marah Juliana, rakan di bilik sebelah.

" Sorrylah Jun, aku tak sedar jeritan aku terlalu kuat. Eh, esok ader test unit
operasi 1 ker? "tanya Farah Farhanah dengan muka blurnya.

"Habis tu, kau nak test bila? Tahun depan? Itulah, kuliah selalu ponteng. Dating
24 jam ajer1" Juliana mula membebel.

"Yalah.. aku nak studylah nih", Farah Farhanah mengalah. Kalau dilayan si
Juliana nih, rasanya sampai esok pagi pun tak habis.Buku yang setebal 3 inci itu dikeluarkan dari beg galasnya. Hem, lebih tebal dari kitab aku kat rumah. Kalau best tu tak perlah, dahlah dalam English, cerita pulak pasal entah apa-apalah.. kalau aku cerita kat korang pun bukannya korang paham. Tetapi, tulah subjek yang paling "killer" kat fakulti aku. (senior yang cakap kat aku). Aku ader setahun lagi kat sini. Itupun kalau takder sangkut paper. Haris ade berapa tahun lagi ya? Ah, pedulikan si buaya tu. Baik aku mula study sekarang.

Di Fakulti Kejuruteraan Awam, tepat jam 10.00 pagi waktu tempatan.

"Tengku Mohd Haris?"

" Tak hadir , puan."

"Siti Nurliyana?"

"Dating dengan Haris , puan."

"Apalah nak jadi dengan budak Haris nih. Dah 3 kali berturut-turut tak datang
ke kelas mekanik tanah. Si Liyana tu pun satu, tak sedar diri tu duduk mengulang
subjek yang sama. Macam manalah saya nak kasi lulus pada budak macam ini" Leter
Puan Noraini . Yang lain semuanya diam. Siapalah yang tak kenal si Haris tu.
Pelajar harapan fakulti kejuruteraan awam. Tapi perangai, Tuhan sahajalah tahu.
Ponteng kelas dialah nombor satu. Tapi yang peliknya, kalau masa exam selalu
score gila-gila, gila pun tak score macam tu. Ilmu apalah yang dia pakai nih.

"Minggu depan saya akan adakan ujian mekanik tanah. Jadi, saya berharap semua
pelajar membuat persediaan dari sekarang. Dan kalau sesiapa yang rasa tak dapat
nak buat ujian tu, saya alu-alukan untuk anda ‘drop’ subjek ini. Nanti jangan
masa nak final merayu nak naik markah dengan saya pulak. Baiklah, kita teruskan
pelajaran kita hari ini". Selanjutnya tak payahlah aku cerita kat sini, bukannya
aku tahu apa subjek mekanik tanah itu.

Pada masa yang sama tetapi di kawasan berlainan.

"Apa yang aku dah lakukan nih? Satu benda pun tak boleh nak jawab. Idea..
tolonglah datang. Eh, ini subjek calculationlah, mana ada nak piker-pikir.
Lupalak, kan boleh open book, salin jer mana-mana yang patut (AMARAN
PENULIS:JANGAN TIRU AKSI YANG MERBAHAYA INI KERANA RISIKONYA ANDA TANGGUNG SENDIRI). Hem, contoh ni samalah dengan soalan, cuma kandungan peratus udara jer yang berubah. Wah, memang bernasib baik aku hari ini! Salin jerlah "

Farah Farhanah tersenyum simpul sebaik sahaja keluar dari bilik kuliah. Susah
nak diramalkan. Sebenarnya dia sedih, tetapi hidup mesti diteruskan juga. Dia
duduk di bangku hujung, sementara menunggu kelas seterusnya yang akan dimulakan
sejam lagi. Dia membelek-belek tudungnya. Eh, ini bukan ker pemberian si Haris?
Lalu, segala kenangan silam terimbas kembali.

Farah Farhanah mengenakan baju kurung sutera biru. Dipadankan dengan kain
tudung biru pemberian kekasih tersayang, Tg Mohd Haris. Sebenarnya, hari ini
ialah hari perkahwinan kakaknya, Intan Nabilah . sebagai pengapit pengantin, dia
pun harus juga anggun seperti kakaknya. Lagipun, sidia yang tersayang nak hadir.
Mestilah nak lawa-lawa punya.

Semasa kakaknya bersanding di pelamin, dia terasa bagaikan dia dan Haris berada
di atas pelamin itu. Haris mengenakan baju melayu biru, secocok dengan bajunya.
Akibatnya, selepas kakaknya habis bersanding, dia terus mengajak Haris duduk di
atas pelamin. Melampau-lampau betul. Dia rasa sungguh bahagia di saat itu.
Tetapi yalah, sesungguhnya saat yang terindah hanya sementara, yang terpahat
dalam diri hanya kenangan dan nestapa…….

Kesibukan dia menjalani latihan praktikal di ibu kota telah memberi peluang
untuk Haris bermain kayu tiga dengan Siti NurLiyana. Betapa hancurnya hati dan
jiwanya apabila melihat mereka berpeganagn tangan di sebuah shopping komplek di
Johor Bharu ini. ( City Squarelah, mana lagi). Lantas dia rasa seperti dia
dipermainkan. Tak apalah, mentang-mentang aku ni anak orang kebanyakan, harta
pun tak ada. Sampai hati kau buat macam ni kat aku. Aku sedarlah diri aku ni
taklah sehebat Liyana, anak Tan Sri, duit pun tak habis nak makan. Memang aku
bukan lawannya, so baiklah aku berundur diri.

" Eh Farah, kenapa dengan kau ni? Dari tadi aku perhatikan kau asyik termenung
jer, ada masalah ker? " Tanya Kamal.

" Tak ada apa-apalah Kamal, aku Cuma risaukan tesis aku nih, aku tak ada
bahanlah. Dah paus cari kat psz, tapi tak sampai 5% aku jumpa. Macam mana nih? "
Cis, sempat lagi nak cover tu. Memang patut dinobatkan pelakon terbaik di alaf
ini.

"Macamnilah, next week aku, Jun, Ikbal dan kroni-kroni yang lain nak pergi Kl.
Kalau kau nak, join jer kita orang. Kawan bapak Jun adalah pengarah besar kat
Petronas Science Reserach, so mungkin dia boleh tolong kita cari bahan. Sesambil tu, bolehlah
kita enjoy . " terang Kamal panjang lebar.

"Em, cadangan pertama tu, aku setuju. Yang kedua tu, maaflah.. tak ada dalam
kamus hidup aku. "

"Eleh, farah! Tiga bulan kau praktikal kat Kl takkanlah tak pernah masuk
Modestos? " perli Kamal.

"Saudara, maaflah. Sedangkan panggung wayang pun aku tak pernah masuk, inikan pula Modestos. Kau silap oranglah. " tingkah Farah Farhanah.

"Habis yang kau selalu ponteng kelas tu, kau pergi mana? Dating dengan pak we
yer.. " Kamal cuba membuat serkap jarang. Farah Farhanah buat selamba jer. Dia
nih, aku ponteng kelas bukan sebab keluar dating, sebab asyik menangis selepas
pak we aku kena kebas dengan orang. Manalah aku pernak keluar berfoya-foya
dengan Haris. Paling tinggi pun makan KFC jer. Itupun kat taman Universiti jer,
tak adalah sampai ke Johor Bharu.

Dua minggu selepas itu.

Hujan sangatlah lebat. Dari pagi tadi tak henti-henti hinggalah ke petang.
Selepas menunaikan solat asar, Farah Farhanah bergegas turun . dia harus cepat
kerana pada bila-bila masa Mercedes akan datang menjemput. Siap dengan driver
lagi. Dia harap dia masih sempat.

Alamak, dah terlepas pulak. Nampaknya terpaksalah dia menapak ke kuliah. Dahlah hujan lebat, tetapi disebabkan nak menghantar tugasan Encik Adnan nih, dia
sanggup merelakan diri. Tak apalah, nak buat macam mana, dah tak ada rezeki aku
nak naik Mercedes nih. ( Mercedes yang dimaksudkan di sini adalah sebuah bas
yang membawa pelajar-pelajar ke fakulti masing-masing)

Tiba-tiba, sebuah kereta sport merah meluncur laju di tepi Farah Farhanah dan
menghadiahkannya satu percikan air yang paling besar di alaf ini. Farah
menyumpah di dalam hati. Siapalah yang begitu kurang sopan sekali. Eh, pemandu
tu berundur ke belakang, nak bagi aku tumpang ker? Kalau lelaki handsome,
bolehlah. Kalau tak, boleh blah. Amboi, sejak bila dah belajar menggatal nih!

Pemandu itu membuka cermin keretanya. Laa, rupanya supermodel Siti Nurliyana. Kejadah apalah dia berhenti? Nak bagi aku tumpang ker?

"Sorrylah, jangan harap aku nak bagi kau tumpang. Aku cuma nak beritahu yang
kau ni memang tak layak duduk atas kerusi macam aku ini. Sebab, hanya orang kaya
macam aku sahaja yang mampu nak bawa sport car nih. Orang miskin macam kau nih,
memang layaklah berjalan kaki sahaja. Dahlah miskin, tak sedar diri pulak. Ada
hati nak jadi kekasih Haris. Cerminlah muka tu dulu. " begitulah kata-kata
seorang puteri yang memang tak terdidik langsung. Yang menjadi kesayangan Haris.

Selepas berkata sedemikian, perempuan yang tidak berhati perut itu pun
meninggalkan Farah Farhanah yang masih terpaku. Dia rasa seolah-olah kecilnya
dia di dunia ini. Tangan kanan digenggam rapat, bersaksikan hujan yang lebat
ini, dia berjanji pada dirinya, dia akan membuktikan kata-kata perempuan itu
adalah dusta semata-mata. Tunggu dan lihat sahaja.

Peristiwa sebentar tadi sebenarnya adalah titik permulaan yang membawa kepada
kejadian seterusnya.

Lima tahun selepas itu, di bandaraya Kuala Lumpur.

Secara ringkasnya, diceritakan di sini berkenaan dengan keadaan ekonomi semasa
di Malaysia. Kegawatan ekonomi yang melanda di negara ini menyebabkan banyak
syarikat-syarikat jatuh bangkrup. Syarikat kepunyaan Tan Sri Lukman tidak
terkecuali. Beliau mempunyai liability yang tinggi berbanding dengan asset.
Akhirnya, syarikatnya telah diambil alih oleh firma lain dan dia telah
kehilangan segala-galanya yang dikumpul sejak 30 tahun yang lampau. Sementara
itu, graduan-graduan dari UTM turut merasai goncangan ini di mana ramai yang
menjadi penganggur kerana kekurangan pekerjaan. Sesungguhnya inilah yang paling
ditakuti oleh semua orang.

Anugerah pelajar Di Raja yang diterima dari Sultanah Zanariah telah memberi
peluang luas kepada Farah Farhanah untuk mendapat jawatan yang tinggi di dalam
pekerjaan. Menjadi eksekutif muda di sebuah firma yang besar di KLCC memang
tidak pernah terbayang di fikirannya. Walaupun berkelulusan kejuruteraan kimia,
disebabkan dia sering melibatkan diri dalam pengurusan , maka dengan mudah dia
menjawat jawatan itu. Bukan senang nak duduk atas kerusi ni. Anak Tan Sri belum
tentu, tahu!

SitiNurliyana menamatkan pengajian setahun lebih awal dari Farah Farhanah. Tak
apalah, dia kan anak orang kaya, sudah tentu akan mewarisi perniagaan ayahnya.
Alamak, lupa pulak. Bukankah Tan Sri Lukman Hakim dan jatuh bankrup. Yang
tinggal hanyalah rumah sebuah di Damansara Height. Itupun dah nak kena lelong.
So, jadilah dia macam orang kebanyakan. Masa nilah kena belajar hidup susah. Dah
tak ada dah kereta sport merah tuh. Naik bas kilang jer pergi ke tempat kerja.

Dengar khabarr si Haris tu pun kerja kat KLCC jugak.. Kata kawan rapatnya,
sejak kematian ayahnya di dalam sebuah kemalangan yang ngeri setahun lalu, dia
berubah. Dia tidak lagi berfoya-foya ke sana sini dengan mana mana perempuan.
Sebaliknya dia banyak menghabiskan masa bersama adik-adiknya. Kata teman
rapatnya lagi, Haris menjadi semakin bertanggung jawab . Hubungannya dengan
Liyana pun telah lama berakhir.

Tentang perkara itu, Farah Farhanah tak tahu nak cakap apa sebab dia sudah
mnejadi ibu kepada dua orang anak . Anak kembar pulak tuh. Murah betul
rezekinya. Mungkin ada hikmahnya kata-kata Siti Nurliyana lima tahun yang
lampau. Tak apalah, dia sedar dia ni siapa, dia adalah isteri kepada TENGKU MOHD
HARIS TENGKU ISKANDAR. (Kalau dah ada jodoh tu takkan ke mana.)



..:: Pengorbanan Pencinta ::..
Friday February 09th 2007, 2:31 am
Filed under: Madah

Bahang matahari yang mula mendaki di dada langit dapat dirasai pada kulit sawo matang milik seorang gadis yang baru sahaja selesai menyiapkan diri sebaik sahaja dia membuka tingkap biliknya.
"Hmm satu lagi hari baru. Harap-harap hari ni akan menjadi lebih baik daripada semalam" Alia berkata sendirian kepada dirinya.
Tubuh Alia yang genit tampak anggun apabila dia mengenakan baju kurung. Dengan bantuan Mak Nab, ibu Alia, Alia telah memilih sepasang baju kurung merah berbuga putih.
Memang begitulah kelazimannya setiap kali Alia hendak memilih pakaiannya sejak Alia kehilangan deria penglihatannya sebaik sahaja dia tamat pengajian di universiti.
Masih segar dalam ingatan Alia bagaimana peristiwa yang telah meragut nyawa ayahnya dan penglihatannya 3 tahun dahulu.
Pada suatu malam, mereka sekeluarga hendak pulang selepas menikmati makan malam untuk meraikan kejayaan Alia yang baru sahaja menamatkan pengajiannya.
Tiba-tba kereta yang dinaiki oleh mereka dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang dan menyebabkan kenderaan mereka terperosok di bawah lori di hadapan mereka mengakibatkan kereta mereka remuk teruk.
Takdir ALLAH menentukan segalanya. DIA lebih menyayangi ayah Alia. Manakala ibu dan adiknya, Aiman cedera parah. Mujurlah doktor mampu menyelamatkan mereka. Malangnya bagi Alia, penglihatannya yang dipinjamkan seketika telah diambil oleh ALLAH.
Sebulan sekali, Aiman, satu-satunya adik Alia akan membawanya bersiar-siar di taman rekreasi yang berhampiran dengan rumah mereka. Aiman merupakan pelajar tahun satu di sebuah universiti.
"Kak! Dah siap ke belum?" Aiman menjenguk ke bilik kakak kesayangannya.
Kakak aku ni kalau bersiap tak boleh sekejap. Kalau dah cun tu pakai apa pun tetap cun kak oii.
"Dah. Akak nak siap dah ni. Tunggu kejap. Sikit je lagi ni" Alia cepat-cepat membetulkan tudungnya agar selesa dipakai. "Budak ni kalau memang tak tau menyabar tau!"
Aiman tersengih riang menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Menaikkan lagi seri wajahnya yang kacak.
"Yalah, akak tu kalau dah bersiap tak ingat dunia. Kalau tak digesa entah-entah sampai esok pun tak siap lagi" Aiman membebel.
Aiman merapati Alia lalu membetulkan sedikit tudung Alia yang agak herot agar kelihatan lebih cun. Alia sekadar membiarkan perlakuan Aiman.
"Ok kak. Dah terlebih cun dah ni. Silap-silap karang ada yang Man balik sorang-sorang" Aiman masih lagi ingin mengusik Alia.
"Asal pulak? Aiman nak tinggalkan akak ke?" Alia buntu dengan kata-kata Aiman.
"Takdelah karang ada orang terberkenan kat akak karang susah Man nak bawak balik akak" Kata-kata Aiman disambut dengan deraian ketawa kedua beradik itu. "Jomlah kak. Nanti jap lagi matahari dah ada kat atas kepala dah tak larat Man nak jogging"
"Man ni kan tak habis-habis membebel la. Banyak mulut betul. Patutlah awek pun tak nak dekat. Tak tahan agaknya dengan mulut Man tu"
"Eh mana akak tau? Sebab mulut nlah banyak awek nak dekat tau! Mulut manis"
Memang kalau bercakap dengan Aiman takde orang lain yag betul. Dia ajelah yang nak menang. Memang daripada kecil lagi Aiman petah berkata-kata. Disebabkan mulut itulah dia menjadi terkenal semasa bersekolah dahulu. Pendebat terbaiklah katakan. Alia tersengih sendirian.
Aiman memimpin tangan Alia dan mereka beriringan menuju ke taman rekreasi.

"What?! Tak jadi datang?!"
"I’m so sorry Azlan. I have work to do. You know how bad my job right?" Rahmah memujuk kekasihnya Azlan dengan suara yang paling manja. Selalunya lelaki akan cair kalau dipujuk macam ni.
"What everla" tanpa menanti kata-kata daripada Rahmah, Azlan menamatkan panggilannya. Rasa marah masih membara di hati mudanya.
Azlan berjalan dengan pantas untuk segera samai di keretanya. Tiba-tiba Azlan melanggar seorang gadis sehingga menyebabkan gadis itu jatuh terduduk.
"woi!!! Apa ni? Buta ke? Mata letak kat mana?". Azlan menghamburkan kata-katanya tanpa melihat ke arah gadis tersebut. Marah Azlan sudah tidak mampu ditahan lagi.
Dah ar aku tengah panas ni. Main langgar-langgar pulak. Ada yang makan penampar aku ni karang.
"Maafkan saya encik" terdapat sedikit nada takut pada kata-kata gadis itu. Alia meraba-raba untuk mencari tongkatnya yang hilang selepas dilanggar lelaki tersebut. Alia sudah lali dengan situasi begitu. Kerap kali dia dipersalahkan kerana kekurangan sifatnya.
"Banyaklah kau …." Mata Azlan terpaku pada keadaan Alia yang sedang teraba-raba mencari sesuatu. Azlan terpandang ke arah tongkat yang berhampiran dengan Alia. Azlan mengambil tongkat tersebut lalu diletakkan di tangan Alia. "maafkan saya. Saya tak tau yang awak ni…"
"Buta? Takpelah encik. Saya dah biasa" Alia berusaha untuk bangun. Tiba-tiba terasa tangannya dipegang oleh Azlan. Terasa pedih tangannya apabila disetuh oleh Azlan sehingga menyebabkan dia terjerit kesakitan.
"Tangan cik luka ni. Maafkan saya" Azlan memimpin Alia ke tempat duduk yang berhampiran. Azlan meniup pasir yang terlekat pada luka di tangan Alia. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya.
"Takpe encik. Sikit je ni" kata Alia sambil cuba untuk menarik tangannya daripada pegangan Azlan tapi cengkaman Azlan sungguh kejap lalu Alia membiarkannya sahaja.
"Berdarah ni. Mari saya bawak cik pergi klinik ye?" Azlan cuba untuk menebus kesalahannya.
"Takpe. Takpe sikit je. Nanti balik rumah saya letak ubat" apalah mamat ni. Aku tau la tangan aku. Bukan dia yang rasa.
Degil pulak minah sorang ni. Karang kalau bertambah teruk aku jugak yang kena. Hish! Aku bukannya nak buat apa-apa kat dia pun.
"If you say so. By the way saya Azlan. Nama cik?" kata Azlan seraya melepaskan pegangan tangannya. Ada satu perasaan halus yang membuatkan Azlan ingin mengetahui nama gadis itu.
"Alia" jawab Alia, ringkas.
"Erm. Nice name. Suit with your beautiful face" puji Azlan ikhlas.
"Thanks"
Cun jugak Alia ni. Tapi sayang dia buta. Buta-buta dia pun ada something yang menarik kat dia. Tapi apa ek? Ish aku ni berangan pulak. Hihi nampak macam pandai je budak ne.

"Ish! Mana pulak akak aku dah pergi merayap ni. Aku suruh dia duduk kat bench tu diam-diam dia pergi merayau pulak. Kaki berjalan betullah" Aiman membebel sendirian.
Hatinya risau apabila melihat bangku yang tadi diduduki oleh Alia kosong. Aiman terus berjalan mencari kelibat kakaknya.
Mata Aiman meliar mencari-cari kakanya. Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh kakaknya yang sedang bersembang dengan seorang lelaki.
Amboi!! Dah pandai akak aku ni ye! Tunggulah aku kacau jap lagi.
Aiman tersengih sendirian. Kakinya pantas mendapatkan kakaknya.
Macam kenal je mamat yang kat sebelah kakak aku tu. Siapa ek? Kat mana aku penah jumpa dengan dia?
"Kak" Aiman menyapa kakaknya.
"Im!" Azlan menegur Aiman
Eh? Siapa pulak mamat ni. Setahu aku ada seorang je makhluk kat muka bumi ni panggil aku macam tu. Ahha! Abang Lan!
"Abang Lan!" Aiman terjerit kecil. Gembira hatinya bukan kepalang. Cepat-cepat dia menyalami tangan Azlan.
Azlan pernah menjadi senior kepada Aiman suatu masa dahulu. Azlan memang banyak membantu Aiman semasa dia baru menjejakkan kaki di menara gading.
"Man kenal Lan ke?" Alia bertanya untuk mendapatkan kepastian.
"Ye kak. Abang Lan ni dulu belajar kat universiti yang Man belajar sekarang ni"
Setelah agak lama bersembang, Alia dan Aiman meminta diri untuk pulang ke rumah. Azlan menawarkan diri untuk menghantar mereka tetapi ditolak lembut oleh Alia.
Alia tidak suka menyusahkan orang. Sebelum pulang, Azlan sempat meminta nombor telefeon Aiman supaya mereka tidak terputus hubungan lagi.

Hati Azlan bengkak. Sungguh sakit hati dan matanya melihatkan kemesraan teman wanitanya yang dahulu pernah mengetuk pintu hatinya. Rahmah dan pasangannya kelihatan sungguh mesra sehingga tidak menyedari akan kehadiran orang disekeliling mereka. Ibarat dunia ni mereka yang punya.
"Rahmah!!" jerit Azlan dengan perasaan marah. Matanya mencerlung diarahkan ke arah Rahmah.
Rahmah yang sedang bermesra dengan pasangannya terkejut melihat Azlan yang memandangya seperti ingin menerkamnya. Terkulat-kulat Rahmah menegur Azlan. "Az…Azlan.. ."
Mampuslah aku macam ni. Macam mana pulak mamat ni boleh ada kat sini. Apa aku nak kelentong lagi. Dah betul-betul ada depan mata.

"ooo ni rupanya ‘kerja’ yang you sibuk-sibukkan rupanya. Sibuk benar nampaknya. Sampai I lalu pun boleh tak perasan?" kata Azlan dengan nada menyindir sambil tersenyum sinis. Sengaja dipertontonkan di hadapan Rahmah.
"So, this is Azlan?" pasangan Rahmah, Johan yang tadinya sekadar melihat drama yang sedang dilakonkan oleh Azlan dan Rahmah mula memainkan peranannya.
"Lan, meet my client, Johan" Rahmah masih cuba untuk berbohong. Sesungguhnya dia amat risau jika Azlan bertindak meninggalkannya. Selama ini Azlanlah yang memberinya wang untuk menyara hidupnya yang agak keterlaluan. Jika diharapkan dengan wang gaji Rahmah, alamatnya tak berbelanjalah dia.
"Ooo klien? You jangan nak fikir I bodoh Rahmah!!! Klien apa sampai peluk-peluk macam laki bini?! You know what? Right now it’s over between us. Nothing!!" jerkahan Azlan menjadikan Rahmah sedikit kalut dan menyembunyikan dirinya di sebalik tubuh Johan yang agak besar itu.
Azlan bergerak meninggalkan Rahmah yang sudah mula menangis tersedu-sedan dan Johan yang berada di sisi Rahmah cuba untuk menenangkan kekasih hatinya. Tidak sanggup rasanya membiarkan Rahmah menangis sebegitu rupa.
"Ram, please don’t cry. You still have me honey"
"This is all your fault. Nak sangat pergi kat sini. Dalam banyak-banyak tempat kat sini jugak you nak pergi" Rahmah menyalahkan Johan. Sememangnya Rahmah mencadangkan agar mereka pergi ke tempat lain. Tetapi atas desakan Johan, Rahmah terpaksa mengalah.
Nasib baik aku sayang gila kat kau Johan. Kalau nak diharapkan harta baik aku ambil Azlan buat suami aku. Biar tak cinta asal duit banyak. Hmm macamana aku boleh sayang sangat kat mamat ni?! Whateverlah.
"Okey…Okey. .. My fault. I’m sorry ok?" lembut suara Johan memujuk Rahmah. Bimbang rajuk Rahmah berpanjangan. Bahu Rahmah dirangkul kemas dan mereka bergerak meninggalkan shopping complex itu.

"Padan muka kau Rahmah! Playgirl! Kau ingat aku bodoh nak biarkan aje kau buat sesuka hati. Entah macam manalah dulu aku boleh jatuh cinta dengan kau. Perempuan mata duitan. Malang sungguh nasib aku. Nasib baik dah terlepas bala aku. Phew. Alhamdulillah" Azlan bermonolog dengan dirinya sendiri. Perasaannya terasa sungguh lega. Ibarat baru terlepas hukuman yang amat berat.
Fikiran Azlan sedang bekerja keras memikirkan perihal Alia. Seorang gadis yang kecil molek. Mukanya bujur sirih. Mulutnya yang comel begitu petah berkata-kata sama seperti Aiman. Tapi sayang matanya yang redup tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.
Walaupun Alia kekurangan satu deria yang amat penting bagi manusia biasa, namun Azlan begitu senang melayani telatah Alia. Alia seorang yang sopan dan begitu menjaga tutur katanya agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Tidak pernah Azlan berasa bosan ketika bersama dengan gadis itu.
Semakin lama Azlan mengenali Alia, semakin tebal perasaan Azlan terhadap Alia. Minda Azlan mencongak apakah perasaan itu. Adakah cinta atau sekadar simpati. Azlan melepaskan satu keluhan yang berat.

Dalam beberapa bulan ini, kehidupan Alia semakin hari semakin bermakna dan bertambah ceria dengan kehadiran Azlan. Azlan sentiasa menghubunginya melalui telefon dan kadangkala jika Aiman bercuti, Aiman akan membawa Alia untuk berjumpa dengan Azlan.
Emak Alia, Mak Nab juga turut berasa gembira kerana kini, Alia sudah mempunyai kawan biarpun hanya Azlan seorang. Hati seorang ibu mampu menyelami apa yang terkandung di dalam hati anaknya.
Sebelum Alia hilang penglihatan, Alia mempunyai ramai kawan kerana sifatnya yang peramah dan mudah mesra. Seringkali Alia memperkenalkan rakan-rakannya kepada keluarganya.
Namun sejak Alia buta, rakan-rakannya semakin hari semakin melupakannya. Benarlah kata orang, rakan ketawa senang ditemui tapi rakan menangis susah didapati. Mujurlah ada Aiman. Aimanlah adik dan Aimanlah rakan Alia.
Lamunan Alia terganggu apabila terdengar suara emaknya memanggil namanya.
"Alia…Alia. .. ada tetamu ni" ceria suara Mak Nab memanggil Alia.
"Siapa mak? Kejap lagi Lia turun" cepat-cepat Alia mengambil tudung yang memang tergantung pada dinding biliknya. Setelah mengemaskan sedikit tudungnya agar selesa dipakai, Alia pergi ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamu yang dimaksudkan oleh emaknya.
"Happy Birthday!!" kedengaran jelas di gegendang telinga Alia suara Azlan dan Aiman mengucapkan selamat.
Birthday aku ke hari ni? Ish…ish… ish… aku sendiri pun tak ingat. Tapi mana Azlan tahu? Rasanya kau tak pernah bagitau.
"Alia" Azlan menegur Alia apabila Alia senyap sahaja
"Terima kasih" hanya itu yang mampu terlahir dari bibirnya.
"Macam mana awak boleh tau hari ni birthday saya?"
"Tadi saya jalan-jalan kat shopping complex. Tiba-tiba terserempak dengan Aiman. Saya tanyalah dia nak buat apa. Katanya nak carikan hadiah untuk kakak kesayangan dia. Kebetulan saya pun takde apa nak buat saya ikutlah Aiman cari hadiah untuk awak. Boleh saya sambut sekali" panjang lebar Azlan menerangkan peristiwa yang berlaku kira-kira satu jam yang lalu.
"Nak sambut apa? Takde siapa yang jatuh pun" Alia berseloroh.
"Awak jatuhlah cepat nanti boleh saya sambut" jawab Azlan selamba. Serentak mereka ketawa. Aiman dan Mak Nab turut tersenyum melihat gelagat mereka.
"Kak. Ni Man ada belikan akak hadiah. Man tau dah lama dah akak nak benda ni. Tapi baru sekarang Man dapat beli. Nah" Aiman menghulurkan seekor teddy bear yang sederhana besar ke arah Alia.
"Terima kasih Man" sebaik sahaja tangannya menyentuh hadiah pemberian Aiman, Alia berasa terharu. Aiman sanggup menggunakan wangnya yang sepatutunya digunakan untuk pelajaran untuk membeli patung untuk Alia.
"Ni hadiah daripada saya pulak" kotak yang tadinya berada dalam pegangan Azlan kini sudah bertukar tuan.
"Awak ni Lan susah-susah je. Awak wish birthday kat saya pun saya dah cukup gembira dah" ikhlas Alia menuturkan katanya. Tangan Alia merasa-rasa isi kandungan hadiah Azlan. "Apa ni? Handphone?" Alia terkesima dengan pemberian Azlan.
"Yup. A handphone. It will be easier for me to call you" kata Azlan separuh berbisik. Malu jika Mak Nab mendengar butir bicaranya.
"Tapi saya tak mampu nak bayar bulan-bulan Lan. Takpelah awak bagi je kat awek awak" Alia menolak pemberian Azlan dengan penuh berhati-hati. Bimbang akan melukakan hati Azlan.
Azlan membiarkan huluran Alia tidak bersambut. Hatinya sedikit terasa dengan penolakan Alia. Tapi Azlan tahu niat Alia sekadar tidak mahu menyusahkan orang.
"Don’t worry about that. Saya akan settlekan semuanya. Tugas awak cuma terima hadiah saya tu. Tu je. Yang lain tak payah nak fikir-fikirkan. Buat pening kepala je" Azlan masih memujuk.
Ambil jelah orang dah bagi. Senang aku nak melepas rindu wahai cik Alia intan payung kembang semangkuk.
"Takpe. Takpe. Saya tak perlukannya. Saya tak mahu menyusahkan Lan" Alia masih tidak mahu menerima pemberian Azlan.
Dahlah handphone dia bagi. Bil bulan-bulan pun dia yang bayar. Hish. Malulah aku. Si Azlan ni memang tak faham bahasalah.
"Tak baik tau tolak pemberian orang tanpa sebab. Kecil hati saya" Azlan pura-pura merajuk. Harapannya hanya satu agar Alia menerima pemberiannya.
Aik!! Lain macam je bunyi suara dia. Takkan merajuk kot. Ala bab-bab macam ni yang aku lemah sikit ni. Kalau dengar suara sayu macam dia ni yang buat aku lembbut hati. Haiii!!!
"Yalah. Yalah. Saya simpan buat harta mutlak. Terima kasih" Alia mengalah.
"Haaa!! Macam tulah" suara Azlan kembali ceria.
Mak Nab dan Aiman yang pergi ke dapur untuk menyediakan makanan sebentar tadi telah kembali ke ruang tamu dengan membawa kek dan burger yang dibeli oleh Azlan semasa Azlan dan Aiman singgah di McDonald.
"Dahlah tu. Akak ni kalau nak bermanja dengan abang Lan sikit-sikit dahlah" Aiman mengusik kakaknya. Muka Alia memerah kerana malu pada adik dan emaknya.
"Hish Aiman ni! Ada-ada saja akal untuk mengusik kak Alia dia tau! Jomlah makan. Ni ada kek hari jadi. Alia cepatlah potong. Aiman dah tak sabar sangat dah tu. kebulur" kata-kata Mak Nab di sambut oleh deraian ketawa mereka berempat yang menghuni di ruang tamu pada ketika itu.
Dalam hati Alia hanya TUHAN saja yang tahu betapa bersyukurnya Alia kepada AL-KHALIK kerana mengurniakannya nikmat di dunia yang fana’ ini.

Deringan telefon bimbit yang diberi oleh Azlan dua bulan lalu semasa hari lahirnya menganggu konsentrasi Alia yang sedang asyik menaip di komputer kesayangannya. Pantas Alia meraba-raba meja yang menempatkan telefon bimbitnya.
"Assalamualaikum" suara yang menyapa gegendang telinga Alia di hujung talian cukup untuk membuatkan hati Alia berdegup dengan lebih kencang. Walaupun sudah berkali-kali Alia berbual dengan Azlan melalui telefon.
Sudah menjadi rutin harian dalam hidup Azlan untuk menelefon Alia. Entah mengapa sehari jika dia tidak mendengar suara Alia, hdupnya bagaikan tidak keruan. Adakah perasaan ini adalah perasaan cinta yang telah diciptakan untuk Adam dan Hawa?
"Waalaikumussalam" Alia cuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan perasaan gembiranya.
Seganlah aku kalau dia tau aku menunggu dia telefon. Malu seyh. Jatuhlah pride aku sebagai seorang wanita Melayu terakhir. Huhu.
"Alia tengah buat apa tu?" Azlan memulakan bicara.
"Tengah nak siapkan cerpen ni"
"Owh, saya tak menganggu awak ke?"
"Agak-agak awak?" suaranya sengaja dibuat-buat resah.
"Bunyi macam kacau je? Hmm takpelah lain kali saya telefon lagi" Azlan seakan merajuk.
"Eh, mana ada! Saya gurau jela. Tak menganggu langsung" lembut suara Alia memujuk.
Gila ke apa. Aku memang dah rindu nak dengar suara kau Azlan! Tuhan aje yang tau.
Huhu. Tau takut. Baru merajuk sikit. Lembut sungguh hati kau Alia. Kan ke bagus kalau gadis macam kau ni jadi suri dalam hidup aku? Eh, apa yang aku merepek ne. Huhu.
"Banyak lagi ke yang tak siap Alia?" Azlan mengubah topik.
"Ada sikit lagi ne. Tak lama lagi siaplah"
"Dah siap nanti tunjuk kat saya, boleh?"Sememangnya Azlan kagum dengan kebolehan Alia. Meskipun buta namun dia mampu menekan kekunci pada keyboard komputer.
Semasa Alia masih boleh melihat, Alia sering menggunakan komputer itu untuk mencurahkan idea-idea kreatifnya sehinggakan Alia boleh menghafal kedudukan huruf pada papan kekunci tersebut.
"Boleh. Apa salahnya. Nanti awak bolehlah tolong betulkan mana-mana ejaan yang saya salah maklumlah tak cukup sifat" Alia merendah diri.
"Alia. Tak baik cakap macam tu. Macam awak tak redha pulak dengan ketentuan qada’ dan qadar" tegur Azlan yang tidak senagng dengan sikap Alia yang terlalu pesimis.
Setelah agak lama berbual Azlan menamatkan panggilan. Mereka telah berjanji untuk bertemu pada hujung minggu nanti.

Hidup Alia kini amat riang. Hari-harinya kini sentiasa dipenuhi dengan bunga-bunga cinta yang sedang mekar di hatinya dan juga Azlan. Siapa sangka rupa-rupanya Azlan dan Alia masing-masing memenam perasaan yang sama. Cinta.
Jika dahulu Alia tidak berani untuk menaruh perasaan terhadap Azlan, tetapi kini Alia yakin dengan sepenuh hatinya untuk menyuburkan cinta yang telah lama berputik dalam hatinya untuk seorang jejaka bernama Azlan.

"Alia, i’ve something to tell you" kata azlan semasa mereka bertemu pada hari Ahad lepas seperti yang dijanjikan. Azlan menarik nafas panjang sebelum menyambung bicara "selama ni I’m not sure about my feeling towards you. Right now, I am very very sure that I had a crush on you. I love you Alia"
Bagaikan nak tercabut jantung Alia sebaik sahaja mendengar kata-kata yang terlahir daripada bibir Azlan.
"Az… Azlan are you sure abaout that? Maybe it’s not love but nore to sympathy" Alia cuba untuk menimbulkan perasaan ragu-ragu dalam hati Alia.
"Nope. I am sure. Very very sure my dear," bersungguh-sungguh Azlan menyatakan perasaannya.
Pleaselah Alia. Dah lama aku syok kat kau. You’re always there when I close my eyes, sayang. Huhu.
Kerongkong Alia bagaikan disumbat dengan batu kerikil sebaik sahaja mendengar perkataan ‘my dear’. Alia membisu seribu bahasa.
"Will you accept my love Alia?"
"Er… er…." Alia tergagap-gagap.
Alamak sejak bila aku ada penyakit gagap ne. Susah susah. Hai Azlan kan ke senang kalo ko boleh baca je hati aku ne? Dah lama aku memndam perasaan untuk kau Azlan!!!
"Please Alia!" Azlan masih merayu dan mengharapkan cintanya berbalas.
Susah sangat ke nak terima cinta aku ni Alia? Bukan susah pun. Cakap jelah ‘I love you too’ apelah!!
"Awak tak malu ke nanti orang mengata awak bercinta dengan gadis buta macam saya?" teraga-agak Alia bertanya. Risau akan mengundang kemarahan Azlan kerana mengungkit kelemahan dirinya.
"Alia! Kan saya dah cakap? Jangan ungkit lagi tentang kekurangan awak? Saya tak suka!" Azlan membentak keras. Melihatkan wajah Alia yang terkejut, cepat-cepat Azlan mengendurkan kembali suaranya. "I’m Sorry. I didn’t mean it. Yang bercinta dengan awak saya, bukan orang lain. Biarlah orang nak kata apa yang penting kita bahagia."
"Er… biar saya fikir jap ek?" Alia cuba untuk meneutralkan keadaan. "Read this" Alia membawa tangannya ke mata, dada dan akhirnya ke arah Azlan.
"Mata, dada, saya?!" soal Azlan, pelik dengan perlakuan Alia.
"Get it?" Alia bertanya memandangkan Azlan tidak berkata-kata.
Hisy! Apalah lembab sangat kau ni Azlan. Benda macam tu budak sekolah rendah pun tau la.
Sebenarnya, Azlan amat memahami perlakuan sebegitu. Seringkali Azlan menontonnya di dalam drama mahupun filem. Tapi sengaja Azlan ingin mendengar pengakuan tersebut dari mulut Alia sendiri.
"I love you! Faham?" muka Alia memerah sebaik sahaja menuturkan kata-kata itu. Segan.
"Faham sangat! Thanks Alia sayang!"
Bermula daripada saat itulah termeterainya cinta antara Azlan dan Alia.

"Azlan, please Azlan. Forgive me," suara manja Rahmah merayu kepada Azlan.
Kalau bukan sebab duit kau jangan harap aku nak melutut macam ni Lan! Kalau sebab cinta? Bolayan!
"No Rahmah! Please. Don’t disturb me anymore. I hate you. Get out from my office. I’ve got loads of works to do!" Azlan merengus kasar. Perasaan benci dan meluat terhadap Rahmah memenuhi segenap ruang hati Azlan.
"Azlan! How could you? Don’t you love me?"
"Love? Love taik kucing. No more love. I’d loved you once buy you had betrayed my love. Furthermore, i had found my true and sacred love,"
"Yeah right! Dengan perempuan buta tu kan? You takkan bahagia dengan si buta tu!" Rahmah menjerit bagaikan diserang histeria.
"Rahmah! Mind your mouth! You better get out from my office or i’ll call the security" Azlan mengangkay gagang telefon dan bersedia untuk mendail. Panas hatinya mendengar Rahmah mencaci Alia.
Nasib baik aku ne penyabar Rahmah! Kalau tak dah lama kau merasa penampar aku ne.
Rahmah merengus geram dan keluar dari pejabat Azlan. Pintu pejabat Azlan dihempas kuat tanda protes.
Fuh! Nasib baik tak pecah pintu ofis aku. Siot betul minah tu. Kalau pecah nanti tak larat pulak kau nak bayar gantirugi. Orang dah tak ingin dahlah.

"Lan, I want to ask you something" Alia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung kata-katanya "Lan kenal Rahmah?"
Berdesing telinga Azlan sebaik sahaja mendengar nama Rahmah.
Apa pulak yang si Rahmah ne dah buat kat Alia? Memang tak malulah perempuan tu.
"Kenapa? Dia kacau Alia ke?" soalan Alia dijawab dengan pertanyaan.
"Takdelah. Tapi dia pernah jjumpa dengan Alia and we talke about you," begitu berhati-hati Alia menyusun kata.
"Habis, awak percaya ke apa yang dia cakap pasal saya?" hati Azlan mula digaru keresahan. Seakan dapat mengagak apa yang diperkatakan oleh Rahmah kepada kekasih hatinya.
Alia sekadar menggeleng. Senakal-nakal Azlan tak mungkin dia pernah meniduri Rahmah. Azlan seorang yang patuh pada agama. Azlan melepaskan keluhan yang berat. Lega rasanya dengan gelengan Alia.
"Awak macam tau je apa yang dia dah cakap kat saya?"
"Alah, siapalah yang tak kenal dengan mulut Rahmah tu. Bukan bercabang dua, dah bercabang sepuluh dah" kata-kata Azlan disambut dengan senyuman Alia yang amat manis.
"Rahmah tu ex-girlfriend awak ye?"
"Haah. Tapi dah takde pape dah sekarang ni," jelas Azlan, pendek. Malas hendak mengulas dengan lebih lanjut tentang perempuan yang menyakitkan hati itu.
"Jealous ye?" Azlan mengusik Alia.
"Hello, tolong sikit. Takde masa la nak jealous-jealous ne. Takpe kalau orang dah tak sayang kat kita," walaupun dalam hati Alia hanya Tuhan yang tahu.
"Merajuk la tu? Ala janganlah merajuk. Sekarang ne saya ada bolehlah nak pujuk. Kalau takde…" kata-kata Azlan terhenti disitu.
Sebak hati Alia mendengarnya. Tak sanggup rasanya Alia untuk berpisah dengan Azlan.
Kalau kau takde dengan siapa lagi aku nak bermanja-manja dan menumpang kasih, Lan!

"Aiman! Aiman!" Alia menjerit bagaikan histeria sebaik sahaja dia meletakkan gagang telefon.
"Ye kak. Kenapa ni?" tergesa-gesa Aiman mendapatkan Alia. Dilihatnya Alia tersenyum gembira.
Fuh. Lega. Ingatkan apesal la tadi. Terjerit-jerit. Lemah jantung aku dibuatnya.
"Guess what? Tadi Dr. Azim called. Dia kata ada orang yang sudi nak derma kornea pada akak," ceria wajah Alia memberitahu perkhabaran gembira itu. "Lagi satu, kos pun orang tu yang tanggung Man!"
"Alhamdulillah," hanya itu ucapan yang paling sesuai untuk diucapkan untuk menggambarkan perasaan Aiman ketika ini.
Sebelum ini, bukannya tiada kornea yang hendak didermakan. Tetapi disebabkan oleh kosnya yang agak tinggi, Alia dan keluarganya terpaksa menolak tawaran tersebut. Gaji Mak Nab yang bekerja sebagai seorang kerani tidak mencukupi untuk menanggung kos tersebut.
"Kak! Nak Man beritahu Abang Lan?"
Wajah alia yang tadinya ceria berubah sayu. Aiman berasa pelik dengan perubahan wajah kakaknya.
Sedih hati Alia mengenangkan sikap Azlan dalam masa dua bulan ini. Azlan seperti sengaja mahu menajauhkan diri daripada Alia. Untuk telefon bertanyakan khabar juga jarang-jarang. Entah apa sebabnya, Alia sendiri tidak pasti.
"Tak payahlah Man. Nanti lepas akak dah dapat melihat kita pergi jumpa dia ye?" kata Alia dengan tenang. Cuba untuk menutup keresahan yang bersarang di hatinya.

Saat yang dinantikan oleh Alia dan keluarganya sejak 3 tahun yang lalu muncul jua akhirnya. Seminggu selepas mendapat panggilan telefon daripada Dr. Azim, Alia diberitahu agar bersedia untuk pembedahan.
Menurut Dr. Azim, hamba ALLAH yang hendak menderma kornea itu telah meninggal dunia lebih awal daripada jangkaan akibat penyakit barah. Manusia hanya merancang, yang selebihnya terserah kepada ALLAH S.W.T.
Hari ini, balutan di mata Alia akan dibuka. Hari ini jugalah Alia akan dapat melihat semula alam yang indah ciptaan YANG MAHA ESA.
Bagaikan hendak terlontar keluar jantung Alia pada saat Dr. Azim membuka balutan di matanya. Perasaan cemas, takut, dan gembira bercampur-baur dalam hati Alia. Begitu juga dengan Mak Nab dan Aiman. Dalam hati mereka tidak putus-putus berdoa.
"Cuba bukak mata awak Alia. Slow-slow sikit," Dr. Azim memberi arahan.
Alia mencuba sedaya-upaya untuk membuka kelopak matanya. Terasa pedih pada saat dia terlihat cahaya lalu ditutupnya semula. Namun kepedihan yang dirasa tidak dapat menandingi keazaman Alia untuk melihat semula. Akhirnya, Alia berjaya mendapatkan semula nikmat penglihatan yang pernah ditsrik oleh ALLAH seketika dahulu.
Alhamdulillah. Hanya itu ucapan yang memenuhi hati Alia, Aiman, Mak Nab dan juga Dr. Azim.
Hati Alia gembira bukan kepalang. Tidak sabar rasanya Alia untuk bertemu mata dengan kekasih hatinya. Hilang seketika perasaan sedihnya terhadap perbuatan Azlan. Yang ada hanyalah perasaan rindu dan sayang terhadap Azlan.
Air mata Alia megalir deras pada saat dia mengenangkan kembali peristiwa yang berlaku ketika Alia dan Aiman berkunjung ke rumah Azlan
Sebaik sahaja sampai di rumah Azlan, seorang wanita dalam lingkungan 50-an menyambut kedatangan mereka dengan ramah.
"Azlan ada mak cik?" tanya Alia selepas bersalaman dan memperkenalkan dirinya.
"Anak ni Alia ke?"
"Saya mak cik," kelopak mata mak cik itu mula digenangi dengan air mata.
"Tunggu sekejap ye," wanita itu berlalu pergi. Alia dan Aiman sekadar memerhati perlakuan wanita itu.
Tidak lama kemudian wanita itu keluar semula dengan membawa sebuah kotak yang sederhana besar lalu diserahkan kepa Alia.
"Azlan dah takde Alia. Kotak ni arwah yang suruh serahkan pada Alia. Tapi mak cik tak tahu macam mana nak serahkan pada Alia. Nasib baik Alia datang," kata wanita itu sambil mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya.
Dunia dirasakan gelap seketika. Mujurlah Alia sedang duduk. Jika tidak dia pasti akan terjelepuk di lantai. Aiman mengurut belakang dan memujuk Alia agar kakanya bersabar.

Buat kesekian kalinya, Alia membaca surat yang pertama dan terakhir daripada Azlan.

Assalamualaikum Alia…
Tahniah Lan ucapkan kerana telah dapat melihat semula. Pada masa Lia membaca warkah ini, Lan telah pun pergi buat selama-lamanya.
Perjalanan yang Lan tempuhi di dunia yang fana’ ini juga telah berakhir. Waktu yang dipinjamkan oleh-Nya untuk Lan terlalu pendek untuk Lan membuktikan betapa dalam dan luhurnya cinta Lan pada Lia. Hanya ini yang mampu Lan lakukan. Membenarkan mata Lan agar terus hidup di sisi orang yang amat Lan sayangi.
Lia,
Maafkan Lan sayang. Maafkan Lan kerana selama ini Lan menyembunyikan hal yang sebenar. Untuk pengetahuan Lia, dua bulan yang lalu, doktor telah mengesahkan bahawa Lan menghidapi penyakit barah larinks peringkat ketiga iaitu tahap yang terakhir.
Di sebabkan itu, Lan mengambil langkah untuk menjauhkan diri Lan daripada Lia agar Lia dapat membiasakan diri untuk hidup tanpa Lan di sisi Lia. Hanya TUHAN yang tahu betapa rindunya hati ini kepada seorang gadis bernam Alia.
Lan harap Lia tidak menjadikan pemergian Lan sebagai satu kesedihan yang berpanjangan, sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu permulaan bagi kehidupan baru untuk Lia. Dengan pendidikan yang Lia pernag terima satu ketika dahulu, Lan yakin Lia dan keluarga mampu untuk mencapai kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Lia,
Tiada apa lagi yang Lan harapkan pada kerika ini melainkan doa Lia untuk Lan untuk ‘kehidupan’ di sana nanti. Jadikanlah kenangan indah yang pernah kita lalui bersama sebagai pendorong untuk Lia menempuhi hari-hari yang mendatang.
Ketahuilah oleh Lia bahawa sejak bertemu dengan Lia, Hidup Lan terasa amat bermkana dan ceria dengan cinta Lia. Ingatlah bahawa cinta Lan terhadap Lia tidak pernah pudar walaupun sedikit. Malah semakin hari semakin menebal dalam hati ini.
Selamat tinggal kekasihku Lia. I love you very much. Assalamualaikun.

Yang menyayangimu,

AZLAN AMIR

Alia menutup surat Azlan dengan cermat lalu disimpannya. Setiap kali perasaan rindu menerpa, surat Azlan ditatapnya dan pastinya akan megalir air mata. Air mata yang mengalir di pipi dikesat
. Pada saat itu, Alia berjanji pada dirinya bahawa dia akan kuat mengharungi kehidupan ini walaupun orang yang amat disayanginya telah pun pergi buat selamanya. Setiap kali selepas solat, Alia tidak akan lupa untuk berdoa agar roh Azlan dan ayahnya dicucuri rahmat.