Kisah cintaku
Monday February 12th 2007, 7:09 pm
Filed under: Cerpen

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang
melihat mentari terbit. Aaah..
kecantikan alam ciptaan Allah memang
tiada tolok bandingnya. Sedang aku
memerhati, aku puji Tuhan atas segala
keindahan yang telah Ia sajikan itu.aku
duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.
Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu
mencintai Aku?Aku menjawab,Sudah tentu!
Engkaulah Penciptaku, masakan aku
tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi,
Jika kamu ditakdirkan cacat
anggota, adakah kamu akan mencintaiKu? Aku tergamam
seketika. Aku lihat tangan,
kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai
kerja yang mustahil aku
lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini
tidak kusedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku,
tetapi aku akan tetap
mencintaiMu.”
Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu
ditakdirkan buta, adakah kamu akan
menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana
mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu
yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat?
Kemudian aku berfikir…ramai orang
yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka
masih mencintai Allah dan segala
ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar
bagiku membayangkan keadaanku yang
sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap
menyintaimu Ya Allah.” Dia bertanya
lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu
akan tetap mendengar kepada
kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar
jika aku pekak? Kemudian aku
tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya
menggunakan telinga; tetapi
menggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir
itu amat berat bagiku, namun aku
akan tetap menyintaiMu.” Dia menyambung lagi
persoalanNya, “Jika kamu
ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?
”
Aku tertanya lagi, bagaimana
aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir
kemudian yang Allah mahu kita
memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita;
tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku
tidak mampu untuk mambunyikan pujian
bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan…
Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar
menyintaiKu?” dengan nada yang
tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan
yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku
menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya
Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku
fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus
untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia
terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa
kamu masih melakukan dosa?” Aku
jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang
selalu lalai; aku tidak sempurna…aku
bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika
kamu senang dan gembira…kamu
lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu?
Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan
bantuan…kamu terus ingat kepada Aku;
kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”
Aku tidak mampu berkata-kata.
Yang kusedari…titisan panas turun membasahi
pipiku.
Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini
kadang-kadang sujud menyembahKu,
dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu?
Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika
kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu
sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan
panas mengalir derasmembasahi
pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu?
Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu?
Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain
sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu
sering membuat alasan
ketika Aku memberimt peluang untuk berkhidmat di jalanKu?
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan
bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku.
Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi
persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang
selama ini lancar berkata-kata, kini
kelu. Otakku ligat mencari jawapan… atau alasan…
namun tiada apa yang
kutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi… “Kamu diberikan sebuah kehidupan.
Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding
orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap
berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu
kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini,
tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.
Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu
berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada
kamu pesuruhKu, tetapi kamu
tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan.
Aku dengar segala permintaan
dan rayuanmu kepadaKu… dan semuanya telah
Aku perkenankan dengan pelbagai
cara.” SambungNya lagi, “Kini… adakah kamu menyintaiKu?”
Aku tidak mampu menjawabnya lagi.
Bagaimana harus aku jawab persoalan ini/.
Dalam tak sedar, aku malu dengan
segala apa yang telah aku lakukan selama
ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi
menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku
jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku
berteriak menangis, dan bercucuran airmata
mengalir turun di kedua-dua belah
pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku… ampunkanlah
segala dosaku. Aku tidak layak
menjadi hambaMu Ya Allah…”
kemudian Dia menjawab, “Sifatku
pengampun… barangsiapa yang memohon keampunan
dariKu, nescaya Aku ampunkannya.
Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”
Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau
tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan
kesalahan berulangkali dan memohon
ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah
cintaMu terhadapku?” Dia menjawab
“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali
tidak akan mengabaikanmu. Apabila
kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu
dan mendengar segala rintihanmu.
Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan
turut gembira dengan kegembiraanmu.
Apabila kamu berasa gundah dan kesepian,
Aku akan memberikanmu semangat. Apabila
kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu.
Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu.
Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke
hari yang akhir dan Aku akan
menyayangimu selama-lamanya.”
Seingat aku… aku tidak pernah menangis sebegini.
Aku sendiri tidak mengerti
kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis
menyesali segala dosaku
selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini…
aku benar-benar solat
dalam ertikata yang sebenar. Wa’allahualam.. .




     
4 Comments so far

I LIKE THIS LAMAN

Comment by    Noridayu 02.26.07 @ 7:42 pm

q like this. ketika q baca q terbawa dlm lamunanku tentang pa arti hidup

Comment by    dias 04.01.07 @ 10:49 pm

well done keep da gud work tp study jgn lupa nnt bapak bising (^_^)salamx

Comment by    ainun 01.21.08 @ 4:57 am

wow..!! gua caya sama lue lea… ahakz!.. hehe..;D PEACE!!

Comment by    baybeE 02.29.08 @ 2:50 am



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

(required)

(required)